Pakar Penemuduga Dedahkan Bagaimana Peluang Kerja Melayang Hanya Disebabkan Oleh Kesalahan Ini
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Pakar Penemuduga Dedahkan Bagaimana Peluang Kerja Melayang Hanya Disebabkan Oleh Kesalahan Ini

post by Aisya

by Aisya

Jul 6, 2017
pada 8:48 AM

Satu peluang yang besar kalau korang dapat temuduga kerja dengan syarikat luar negara yang besar dan dikenali pula tu. Bukan senang untuk nak capai sampai tahap ni tau? Bayangkan berapa ramai calon yang hantar resume dan dalam berkotak-kotak resume tu, korang punya yang di-shortlisted. Bangga rasanya!

Ada beza ke persediaan temuduga syarikat local dengan syarikat luar negara ni? Expectation lagi tinggi ke? Ini adalah perkongsian dari Nik Faiz, seorang Pakar Kerjaya di mana dia melalui interview kerja dengan sebuah syarikat swasta. Lihat macam mana dia hilang peluang disebabkan satu kesilapan kecil sahaja.

 

1. Warm up dengan soalan senang dulu

Soalan pertama yang penemuduga akan ajukan mesti lah soalan yang kita dah tahu awal-awal. Soalan yang kiat dah siap-siap hafal dan lancar je boleh jawab macam pro. Soalannya "Can you please briefly tell us about yourself?"

Kacang je kan soalan ni? Tak pernah lagi dengar job seekers yang dah tewas mula-mula lagi apabila ditanya soalan ni. Selepas dah beberapa minit berlalu dan soalan-soalan asas pun dah ditanya terasa  bahang dia makin meningkat. Bermula lah soalan yang padu dan serious.

 

2. Masa untuk penemuduga 'shoot' dengan killer question

Jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif produk di mana syarikat tersebut membekalkan ubat kepada hampir seluruh klinik dann hospital di Malaysia. Jadi di sini lah di mana soalan dia memang killer betul. "What is your opinion between a generic drug VS brand name drug?" Sudah, kalau salah jawab ni memang bye-bye lah!

Fikir punya fikir baru lah berikan jawapan kepada penemuduga beserta dengan sebab yang kukuh. Ingatkan dah lepas lah dan jawapann yang diberikan memuaskan hati mereka tetapi rupanya mereka tak berpuas hati.

Seperti yang di jangka, sesi temuduga berlangsung selama 10 minit sahaja. Memang tak dapat lah offer di syarikat tersebut.

 

3. Nak tahu apa kesalahan yang dilakukan?

Kadang-kadang kita rasa macam kita dah habis betul dah tapi rupanya ada kesalahan yang kita tak sedar dilakukan. Berikut adalah 5 kesalahan yang menyebabkan tawaran kerja itu melayang pergi:

 

  1. Tidak mengkaji perihal syarikat tersebut dengan sepenuhnya

  2. Tidak betul-betul memahami jawatan yang telah saya pohon

  3. Tidak mengkaji produk yang diusahakan oleh syarikat tersebut

  4. Tidak menguasai teknik komunikasi yang baik

  5. Tidak ada keyakinan diri yang berpunca dari kurangnya pengetahuan tentang syarikat tersebut

 

Temuduga kerja ini memerlukan persiapan yang rapi dan persedian bukan sahaja dari segi pengetahuan tapi juga personaliti serta komunikasi pun diambil kira tau. Jangan ambil mudah mengenai pengetahuan mengenai background syarikat tersebut kerana sudah pasti akan ada soalan yang ditanya berkaitan dengan itu. Sekarang korang dah tahu kan apa kesilapan yang boleh dielakkan?