Berbulan-Bulan Cari Kerja Tapi Tak Pernah Dapat. Atasinya Dengan Pelajari Soft Skill Ini
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Berbulan-Bulan Cari Kerja Tapi Tak Pernah Dapat. Atasinya Dengan Pelajari Soft Skill Ini

post by Aisya

by Aisya

Jul 6, 2017
pada 10:10 AM

Dah habis belajar dari tahun lepas lagi, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi kerja. Pointer tidak lah teruk mana, jadi kenapa susah sangat nak dapatkan kerja? Sebenarnya ianya bukan sebabkan akademik korang, tetapi majikan mencari calon yang juga mempunyai kemahiran diri yang mempersonakan. Ianya memang satu bonus lah kalau dapat calon yang serba serbi boleh buat.

Jadi kalau korang nak cepat-cepat diterima bekerja, cuba persiapkan diri dengan 5 jenis kemahiran ini. Ini lah kemahiran wajib yang paling dituntut sekali okay.

 

1. Kemahiran komunikasi

Komunikasi sangat penting. Maklumlah, anda akan berkerja dengan manusia, bukannya patung cendana! Jadi, asak kemahiran komunikasi anda agar bakal majikan tidak mampu untuk berkata tidak kepada anda. Banyakkan tengok cerita yang berilmiah dan memberi manfaat. Boleh lah timba ilmu sambil menonton tv betul tak?

 

2. Kemahiran intelektual

Pandai bercakap tapi kalau otak kosong tiada ilmu pun tak ada guna juga. Jadilah seorang calon yang penuh ilmu di dada. Senang je kalau nak tambah ilmu, korang boleh banyak kan membaca buku dan rajin-rajin lah baca berita di internet tu.

 

3. Kemahiran menyelesaikan masalah

Ini sama penting juga sebab kalau lah ada masalah timbul di pejabat, korang tidak tahu nak buat apa dan terus mengelabah je. Jangan lah harapkan 100% pada bos untuk selesaikan setiap masalah yang melanda. Ada masanya korang kena fikir sendiri jalan yang terbaik. Tahu tak kemahiran ini adalah satu bonus buat korang?

 

4. Keyakinan diri

Datangkan muka je cantik dan handsome tapi kalau tak ada keyakinan pun tak guna kan? Zaman sekarang ni, bakal majikan mencari pekerja yang tinggi daya keyakinan diri dan boleh bekerja dengan sendiri. Barulah boss suka beb! Bila kita yakin, semua benda pun boleh kita lakukan!