Macam Mana Nak Tahu Jika Majikan Itu Teruk Sewaktu Interview Lagi?
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Macam Mana Nak Tahu Jika Majikan Itu Teruk Sewaktu Interview Lagi?

post by Aisya

by Aisya

Jul 6, 2017
pada 10:33 AM

Semua orang tidak mahu terjerat dengan bos yang berperangai dingin atau suka mengarah tidak tentu pasal. Sebab itu lah salah satu faktor yang akan dipertimbangkan sebelum menerima tawaran bukan sahaja pada gaji, tetapi huka persekitaran kerja, budaya pekerja lain serta perangai atau sikap bos. Kalau tersalah percaturan, korang akan terjerat bekerja di bawah pengurusan seorang bos yang teruk. 

Korangboleh ambil langkah berjaga dengan perhatikan sikap bos sewaktu temduga kerja lagi. Lihat pada tanda-tanda berikut. Jika ada, mungkin korang perlu pertimbangkan semula.

 

1. Lambat datang untuk temuduga

Mungkin mereka ada alasan kukuh kenapa lambat untuk sesi temuduga dan membuat korang tertunggu-tunggu. Iye lah seorang bos mestilah sentiasa sibuk kan? Tapi kalau mereka lambat 30 minit tanpa cakap apa-apa pun, itu memang perlu dirisaukan. Walaupun korang hanyalah bakal pekerja sahaja tapi sekurangnya perlu dengar perkataan minta maaf tu.

 

2. Pejabat terlampau kotor dan tidak teratur

Pejabat berserabut betul dengan timbunan kertas sini sana, mesti diorang ni kuat bekerja sampaikan sebegitu sekali. Pejabat yang tidak teratur boleh membawa maksud yang mungkin bos nya sendiri seorang yang tidak teratur. Korang rasa kalau pejabat pun tidak boleh dijaga, bagaimana dengan pekerjanya?

 

3. Pekerja lain melarikan diri kalau terserempak

Saat korang berjalan di pejabat, korang perasan bila mana ada je staff lain nampak bos terus diorang mengelak dan larikan diri. Mengapa sebegitu? Kalau nak tahu perangai seorang majikan tu, korang boleh perhatikan lagak dan sikap pekerjanya. Mungkin bermakna yang mereka tidak berapa selesa dengan majikan mereka atas sikapnya yang tertentu?

 

4. Tanyakan soalan yang salah di sisi undang-undang

Boleh pula penemuduga tanyakan soalan yang kurang selesa dan salah di sisi undang-undang kali pertama berjumpa? Ini memang sesuatu yang musykil. Kalau majikan ajukan soalan-soalan sensitif, ini boleh bermaksud yang mereka tidak professional dalam melakukan kerja.

 

5. Tak dapat nak terangkan visi dan misi syarikat

Bila korang tanya apa misi dan visi dan rancangan syarikat ini, mereka terkial-kial dan tidak dapat berikan jawapan yang lengkap. Bos mesti lah kena cakna hal ini betul tak? Mereka bakal membimbing dan mendidik korang tapi kalau hal mudah sebegini pun tidak dapat jawab itu memang satu masalah besar.