6 Aspek Yang Boleh Menjejaskan Proses Interview Jika Tiada Persediaan Awal
# Pengetahuan Interview

6 Aspek Yang Boleh Menjejaskan Proses Interview Jika Tiada Persediaan Awal

post by Izuan

by Izuan

Jul 8, 2017
pada 3:57 PM

Persediaan awal yang dimaksudkan bukanlah sebelum menjejakkan kaki di bilik temuduga, tapi sejurus sahaja korang bangun dari tidur. Kesemua persediaan ini kalau tak buat pasti akan mengganggu interview korang nanti.

Kesannya, kebarangkalian untuk korang terima bekerja di sesebuah tempat itu memang agak tipis, untuk pengathuan korang disebabkan tidak melakukan kesemua persediaan awal ini jugalah punca berlakunya kesilapan yang tak disengajakan. Bahaya tau! 

Video

1. Selidik Latar Belakang Syarikat

Ramai calon yang dah mula tercungap-cungap bila di tanya mengenai suarikat, bila ditanya bab sumbangan bukan main lagi ayat berbunga-bunga kononnya nak bagi sumbangan terhadap syarikat, tapi bila ditanya latar belakang nan hado!

Jangan anggap diri tu dah cukup sedia kalau benda remeh begini pun tak boleh nak buat, easa diri korang boleh twist balik ayat depan majikan? Korang silap! Majikan akan nilaikan samada korang betul-betul berminat atau tidak untuk bekerja di syarikat tersebut. Susah nak buat research? alaaa, stalk orang tu boleh takkan lah stalk company tak boleh kan?

2. Periksa Laluan, Masa & Kos!

Yang ini selalu orang pandang rendah, kononnya dah mahir dengan jalan dekat sesebuah kawasan tu, Ya, satu kelebihan kerana tak perlu fikir panjang untuk explore tempat kerja tu, tapi masa! Periksa dahulu laluan dan jenis kenderaan yang sesuai untuk digunakan.

Jangan semata-mata nak jimatkan kos untuk bayar tambang/tol, korang menyusahkan diri ikut laluan alternatif lain sehingga menganggu fokus dan masa korang untuk ke temuduga.

3. Study Balik Resume!

Tiada persediaan rapi, tak kaji selidik semuala segala cacat cela dalam resume dan tak ulangkaji semula resume merupakan satu kesalahan besar terhadap majikan. Mereka akan menilai bahawa korang ini careless dan tidak serius dalam kerja.

Seringkali berlaku apabila calon-calon gemar memberikan jawapan yang jauh berbeza daripada resume mereka. Kalau ya nak copy paste  pun, hafal lah supaya dapat cover sikit. Ini tidak, terang-terang kantoi depan majikan yang korang ini meniru resume orang lain.

4. Elakkan Sampai Tepat Pada Waktunya

Kenapa? Kerana perjalanan yang jauh apsti akan menguji minda disebabkan hal-hal seperti kesesakan, kesibukan sepanjang perjalanan. Kalau sampai tepat pada waktu, tak sempat buat apa-apa lagi dah kena interview dalam keadaan gopoh dan mengah-mengah. Minda tak sempat nak 'bernafas' dah kena bekerja lagi.

Jadi, cuba sampai awal untuk recap semula apa yang korang dah study

5. Pakaian!

Malam sebelum interview tu pastikan segala pakaian sudah dirancang elok-elok, jangan main tangkap muat macam korang nak pergi lepas dengan kawan. Pemilihan warna, jenis pakaian memainkan peranan penting untuk menarik perhatian majikan.

Jangan nanti masa baru nak geraklah terhegeh-hegeh nak cari. Akhirnya pemakaian korang kelaut sampai majikan tak sudi pun nak pandang, keyainan pun dah hilang.

6. Tunjuk Rasa Hormat Kepada Semua Orang

Senyum dan tunjukkan riak wajah yang ceria kepada semua orang dalam pejabat tersebut. Tak kirahlah dengan guard ke, boss ke, kuli ke yang penting mereka senang. Jangan mentang-mentang korang nak interview untuk kerja yang berpangkat tinggi, korang macam sudi tak sudi je nak pandang mereka. Silap-silap dia tu boss besar, kan dah melepas!

Jadi, senyum kepada semua orang, lagipun senyum pun boleh memaniskan wajah kan?