Sebenarnya Rakan Sekerja Korang Ada Simpan Hasad Dengki Secara Diam
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Sebenarnya Rakan Sekerja Korang Ada Simpan Hasad Dengki Secara Diam

post by Aisya

by Aisya

Jul 9, 2017
pada 10:34 AM

Bila nak bekerja ni amat lah penting untuk jaga hubungan baik dengan officemates. Korang semua  kena saling mempercayai baru lah kerja boleh berjalan dengan baik sekali. Memang betul, akan ada juga manusia yang tak ngam dengan korang. Itu tidak boleh dielak tetapi korang kena tahu ini 10 petanda yang officemate korang tu ada menyimpan perasaan menyampah dengan korang.

Baik korang ketahui daripada tertanya-tanya apa salahnya, betul tak?

 

1. Korang selalu ada perasaan tidak baik pada mereka

Ikut apa kata hati korang. Kalau hati cakap dia tu tak baik, mungkin ada benarnya.

 

2. Mereka curi idea korang

"Oh bos itu idea saya. Saya yang propose projek tu." Tapi yang betulnya, korang yang berpenat-lelah perah otak dapatkan idea tu.

 

3. Tanya sepatah, jawab sepatah

"Hi, dah lunch ke?" dan mereka hanya anggukkan kepala ataupun cakap "Hmm dah." Tak ada senyum langsung apatah lagi nak tanya balik kita ni dah lunch juga ke belum?

 

4. Mereka tak ajak korang jika mahu bergurau

Asyik tergelak je dengan kawan di yang duduk meja sebelah. Korang yang di duduk depan dia tu, tak ada pun diajak untuk bergurau sekali.  Bila kita angkat kepala tanya,, tiba-tiba je diorang senyap dan tak hiraukan.

 

5. Lagak seperti bos besar

Bila bos tak ada, dia  lah bos besar di office tu.

 

6.  Korang dilayan seperti halimunan

Wow hebatnya permainan dia. Datang-datang je office dia cakap Good Morning dekat semua orang kecuali korang je. Wow.

 

7. Jeling dan bermacam lagi bahasa badan yang negatif 

SIkit-sikit jeling dengan mata macam nak tersembul atau pun bila korang bercakap dengan dia, langsung tak nak pandnag dekat muka. Menyampah sangat ke?

 

8. Tak percaya pada korang

Cepat betul nak naik marah bila  dengan korang. Itu sebab mereka tak percaya

 

9. "Saya tak setuju!" 

Semua idea korang bernas macam mana sekali pun dia tepis macam dalam cerita Matrix. 

 

10. You cannot sit with us

Perenah tengok cerita "Mean Girls"? Jangan harap lah korang diajak untuk makan lunch sama-sama.