Di Watson's, Anda Boleh Nikmati Bonus Sehingga 4 Bulan & Gaji Bulanan Cecah RM 2,500!
# Jenis Pekerjaan

Di Watson's, Anda Boleh Nikmati Bonus Sehingga 4 Bulan & Gaji Bulanan Cecah RM 2,500!

post by Izuan

by Izuan

Jul 10, 2017
pada 4:13 AM

Manfaat yang bagus sudah semestinya menjadi idaman setiap pekerja, selain menjaga kebajikan, secara peribadinya ia mungkin dapat membantu ringankan bebanan komitmen pekerja. Zaman sekarang, agak susah untuk menjumpai tempat yang memperuntukkan manfaat bagus.

Kalau bekerja di tempat yang tidak menyediakan manfaat yang memberangsangkan, tiada guna juga walaupun gaji yang diberikan itu tinggi. Lainlah kalau kerja di Watson's, manfaat yang diberikan kepada pekerja sangatlah berbalaoi, gaji pun..boleh tahan! Nak kerja di Watson's tak? Khas bagi penduduk di kawasan Jalan Klang Lama, Subang, Sunway, Puchong  atau berhampiran meh sini, ada 3 kerja kosong yang disediakan. 

 

(Sehingga RM1,500)

Untuk bekerja sebagai Customer Assistant / Sr. Customer Assistant di Watson's ini, tak susah pun, apa yang diperlukan hanya seseorang yang mempunyai minima SPM. Kalau lepasan sekolah atau graduan muda pun lagi lah mereka nak. Lagi bagus, kalau anda ada pengalaman dalam bidang retail atau F&B.

 

 

(Sehingga RM2,000)

Keperluan nak jadi Supervisor / Assistant Supervisor  ini sama je dengan tadi, cuma bezanya dari segi tugasan dimana Supervisor / Assistant Supervisor harus menolong pengurus gudang dalam mengambil dan menguruskan staff dari pelbagai sudut.

Harus memberikan motivasi dan melatih staff untuk bekerja selaras dengan polisi syarikat, SOP yang telah ditetapkan. Mengatur strategi untuk mencapai sasaran jualan dan menyediakan perkhidmatan pelanggan dengan penuh professional

 

3. Supervisor Trainee (Diploma)

(Sehingga RM2,500)

Khusus bagi graduan muda diluar sana, peluang untuk menjadi Supervisor Trainee di Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd ini sangat cerah! Tak perlu pusing-pusing lagi fikir kerja di mana. Sebab disini dah sediakan untuk anda, tak elok menganggur lama sangat tau, nanti majikan tak suka. Kalau dibiarkan lagi, memang melepas peluang nak jadi Supervisor Trainee ini.

(PENGAMBILAN UNTUK SUPERVISOR TRAINEE DITUTUP SEBAB KUOTA PENUH)

 

Manfaat Tambahan

  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • BONUS SEHINGGA 4 BULAN
  • Manfaat perubatan
  • Perindungan insurans
  • Cuti Tahunanh
  • OT
  • Diskaun Staff