Nak Mohon Lebih Daripada 1 Kerja Di Syarikat Yang Sama? Ikut Cara Ini
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Nak Mohon Lebih Daripada 1 Kerja Di Syarikat Yang Sama? Ikut Cara Ini

post by Aisya

by Aisya

Jul 10, 2017
pada 8:24 AM

"Boleh ke kalau saya nak mohon banyak-banyak jawatan kosong di sebuah syarikat yang sama?" 

Ini soalan yang paling biasa sekali ditanyakan oleh job seekers atas alasan kalau satu kerja tak kena, ada lagi peluang lain untuk mengena. Realitinya, mohon lebih daripada 2 tidak bermakna yang kemungkinan korang untuk dipanggil temuduga akan menaik. Tapi boleh ke kalau buat macam tu? Apa pandangan HR nanti?

Kalau korang nak tahu, sesaat korang mohon kerja secara atas talian atau online, HR atau recruiter sudah ada rekod perrmohonan korang. Dari situ dia boleh tengok jawatan apa yang korang mohonkan dan segala sejarah korang dengan syarikat tersebut.

Menyemak rekod permohonan korang adalah perkara pertama yang akan dilakukan oleh recruiter untuk lihat jika korang pernah ada hubungan sebelum ini dengan pihak syarikat dan juga untuk melihat jawatan apakah yang pernah dimohon sebelum ini. Jadi kalau permohonan kerja korang tidak tetap dan saling bertukar, ianya memberi tanggapan yang negatif.

 

Mohon terlalu banyak yang tidak berkaitan akan berikan tanggapan negatif

Sebagai job seeker korang mestilah kena susun strategi dan berfikir secara tetap. Kalau memang mahu mencari kerja dalam bidang Marketing, maka mohon jawatan dalam bidang tersebut. Jangan lah mohon jawatan Marketing, Graphic Designer, Web Developer, Copy Writer, semuanya dia sapu. Bila recruiter tengok permohonan korang pun dia akan rasa korang ni tak serius dan tiada pegangan yang tetap. 

Ianya hanya menunjukkan yang korang ni terlampau desperate untuk dapatkan kerja. Asal kerja, tidak kisah lah dapat jawatan apa sekalipun. Malah, peluang untuk korang dapatkan kerja tersebut juga amat nipis disebabkan oleh kemahiran serta kelulusan korang yang tidak padan.maksudnya, korang hanya  membazir masa dan usaha sahaja.

 

Tapi bagaimana kalau saya sebenarnya layak untuk kesemua jawatan tersebut?

Katakan lah korang ada kelayakan untuk semua jawatan yang dimohon, okay memang korang boleh mohon untuk banyak jawatan di syarikat tersebut tetapi jangan lah melebih-lebih. Dinasihatkan agar korang mohon seminima yang mungkin. Bagi recruiter jika korang masih mahu memohon lebih dari satu jawatan pastikan korang ikut garis panduan ini:

 

1. Jawatan tersebut mestilah sama dari segi fungsi atau juga skop kerja

2. Jawatan tersebut mestilah memerlukan kelayakan atau pada tahap yang sama

3. Jangan mohon lebih dari 3 pada satu masa

Secara konklusinya, kalau mahu mohon lebih dari 1 jawatan pastikan kesemuanya ada kena-mengena. Jangan buang masa dan usaha dengan memohon kesemua kekosongan yang ada di syarikat tersebut.

 

*Sumber: Prepary