Kami pasti kebanyakkan kanak-kanak kecil sekarang sudah mempunyai tablet atau telefon pintar tersendiri, malah ada yang suka memanjakan anak-anak mereka dengan smartphone. Kita sendiri dapat lihat, penggunaan gadget dalam kalangan kanak-kanak ini begitu ketara apabila ibu bapa jadikannya sebagai 'mainan' utama untuk memastikan anak-anak kecil duduk diam.

