Panduan Untuk Menjawab 6 Soalan Asas Ini Semasa Interview
# Pengetahuan Interview

Panduan Untuk Menjawab 6 Soalan Asas Ini Semasa Interview

post by Izuan

by Izuan

Jul 14, 2017
pada 4:58 PM

Dah bersedia untuk temuduga nanti? Segala dokumen penting, pakaian semua mesti korang dah siapkan awal-awal kan? Tapi yang paling penting sebenarnya diri korang sendiri. Perkara utama yang korang harus lakukan ialah persediaan mental korang. Pastikan korang dalam keadaan segar dan peka dengan soaln-soalan yang majikamnm akan tujukan nenti.

Soalan yang mereka tanya nanti nampak remeh dan mudah sewaktu sebelum temuduga tapi sangat mencabar sewaktu dalam sesi tersebut. Mungkin disebabkan korang gugup sebab tak tahu soalan apa yang akan ditujukan nanti. Jadi, disini kami akan kongsikan senarai soalan 'maut' yang majikan akan tanyakan kepada korang bagi mengurangkan rasa gugup sewaktu temuduga dan meningkatkan lagi tahap keyakinan korang. Selamat berjaya!

1. "Tell Me About Yourself"

Nampak mudah kan? Sebab semua orang boleh boleh jawab macam ni. Sebenarnya korang salah! Tak bermakna majikan tanya soalan begini korang boleh cerita segala-galamnya pasal diri korang (asal, adik beradik, pekerjaan mak ayah dll). Apa yang majikan nak tahu adalah siapa diri korang dan kenapa korang merupakan calon terbaik untuk berkerja disitu.

Cerita segala perkara yang korang pernah lakukan dari segi kerja atau diri korang yang berkaitan dan memberi kesan dengan jenis pekerjaan yang korang mohon. Lagi bagus kalau korang gunakan contoh terkini apa yang korang dah buat, teruskan bercerita untuk membuktikan bagaimana latar belakang korang itu berguna dan boleh dimanfaatkan dalam situasi kerja.

2. "What Is Your Long-Term Objective?"

Kebiasannya mesti kerja yang dimohon itu adalah bidang kerja yang korang minati dan korang mesti dah kaji selidik dengan lebih lanjut mengenai jawatan tersebut ataupun kerja itu adalah pekerjaan yang korang impikan sejak dari zaman kolej lagi. Dari situ, korang mesti akan ada matlamat nanti kan? Ceritakan kepada majikan bagaimana kerjaya korang boleh menyumbang kepada kejayaan korang pada 5 tahun akan datang.

Contohnya, "Within the next five years, I would like to become the best team leader your company has ever hired. I want to work toward becoming the expert in managing others. I am confident that I’ll be fully prepared to take on any future responsibilities which might be presented  to me in the long run. For example, here is what I’m presently doing to prepare myself for a managing position… (and  go on to describe what you are already doing to reach your goals and objectives)"

3. "What Are Your Strengths?"

Elakkan memberi jawapan yang klise seperti ini:

  1. I am a good team player…
  2. I am a good negotiator…
  3. I work very hard…

Fokus kepada kemahiran korang yang lebih dinamik, seperti:

  1. I learn quickly.
  2. I have a strong determination to succeed.
  3. I have a positive attitude.
  4. I can relate to people and achieve a common goal.
  5. I make friends easily.

4. "What Is Your Greatest Weakness?"

Jangan cakap tak ada! Dan sesekali merapu, takut lipas lah. tikus lah. Sebenarnya ini ujian besar korang, ada sesetengah tak dapat jawab sebab rasa was-was samada jawapan yang diberikan boleh terima atau tidak. Korang twitst kan sikit ayat korang supaya nampak meyakinkan kelmahan korang itu mendorong majikan ambil korang bekerja. MAcam ni:

Well, I’m such a hard worker. Sometimes I really work too hard. I should probably spend more time with my family, because all I do is work… Did I mention I work hard? hmmm… That’s because all I do is work, work, work…

5. " Why Do You Want To Leave Your Current Employer?"

Apa jua sebab korang nak berhenti, jangan fikir perkara yang negatif dengan majikan baru. Tak elok sebenarnya kalau korang kata masalah pembiayaan melainkan atau gaji sikit melain jika betul-betul dibawah perbelanjaan atau taraf pekerjaan korang. Cuma nasihat kami jangan beritahu perihal gaji, Fokus kepada persekitaran kerja dan terangkan bahawa korang mahukan cabaran baru, menggalas tanggungjawab lebuh, pengalaman baru dan persekitaran kerja baru.

6.  "Why Have You Applied For This Particular Job?"

Keliru dengan soalan nombor 5 kan? Korang mesti akan ceritakan perkara yang sama sepertimana soalan nombor 5 tadi. Sebenarnya ini antara tricks majikan nak tahu pengetahuan korang  mengenai industri dan organisasi itu atau melihat bahawa korang sesuai atau tidak untuk kerja tersebut. Pastikan korang fahami jawatan yang korang mohon dan latar belakang syarikat. Buktikan bahawa kerja yang ingin lakukan kena dengan diiri korang.