GIF (Graphics Interchange Format) ini makin popular di kalangan pengguna media sosial. Ianya lebih menarik daripada berkongsi video sebab format GIF ini lebih singkat dan ianya berulang-ulang. Kalau korang perhatikan, di Twitter juga ada pilihan GIF untuk digunakan dalam post sebarang tweet. Sebelum ini bagaimana korang mencari GIF? Adakah korang scroll Google? Bila scroll kadang-kadang tu tak dapat pun GIF pilihan yang dimahukan betul tak?



