Tak semua daripada kita sentiasa mempunyai pengalaman manis dalam pekerjaan. Ada saja perkara yang tak kena datang tanpa diduga. Kalau bukan kerja yang bertimbun-timbun masalah rakan atau boss di tempat kerja menjadi satu isu yang kurang menyenangkan. Sudah menjadi lumrah bahawa di mana-mana kita berada cabaran itu sentiasa ada dan tak tertinggal di tempat kerja juga.






