Berapa Awal Korang Kena Sampai Untuk Temuduga? 30 Minit? 10 Minit?


by Aisya
Berapa Awal Korang Kena Sampai Untuk Temuduga? 30 Minit? 10 Minit?
Mungkin topik ini agak klise dan nampak seperti tidak begitu penting, tetapi percayalah kalau tak penting, Maukerja tak akan kupaskan isu ini. "Alah, berapa awal kena datang tu ikut common sense lah, bukan susah mana pun." Memang betul, tetapi awal berapa minit? 30 minit awal itu dikira masuk akal ke? Ataupun 5 minit awal sudah memadai? Di sini Maukerja beritahu masa yang ideal untuk korang datang bagi yang bakal lalui temuduga kerja.

Ada ramai yang datang awal 30 minit sebelum temuduga dan sebenarnya ianya sedikit awkward bagi kedua-dua pihak. Mungkin penemuduga ada kerja lain yang perlu disiapkan dan korang sudah menunggu di atas sofa seakan salah penemuduga pula kerana terlambat. Lagi bertambah awkward adalah jika office tersebut tiada ruangan khas untuk menunggu dan korang terpaksa menunggu di ruang orang lalu-lalang untuk 30 minit.
Jadi 30 minit awal ini bukanlah masa yang ideal untuk datang temuduga. Korang sepatutnya tiba ke temuduga 10-15 minit awal. Itu adalah masa yang paling ideal sekali, tidak terlalu lambat dan tidak terlalu awal. Korang ada masa untuk nak lihat sekeliling tetapi tidak perlu menunggu terlalu lama.
Korang kena ingat, nak cari parking, nak cari bangunan, nak lalui guard apa semua, ianya mengambil masa yang lama. Jadi rancang betul-betul. Sebelum nak mulakan perjalanan, cuba buka Google Maps, berapakah anggaran masa untuk sampai ke destinasi? Dari situ korang sudah boleh agak dan rancang. Kalau tiba awal pun, boleh je luangkan masa di kedai mamak atau kedai kopi yang berdekatan kan?
*Sumber: Prepary