Kad Touch N Go Hilang? Pastikan Korang Block Kad Dan Minta Refund
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kad Touch N Go Hilang? Pastikan Korang Block Kad Dan Minta Refund

post by Aisya

by Aisya

Sep 20, 2021
pada 8:40 AM

Kad Touch N Go Hilang? Pastikan Korang Block Kad Dan Minta Refund

Pernah hilang kad Touch n Go? Adakah korang akan biarkan je kad yang hilang dan gantikan dengan yang baru? Macam mana kalau dalam kad tu masih ada baki? Katakan lah baru je top up kad Touch n Go sebanyak RM200, belum lagi sempat nak gunakan sudah hilang. Habis burn balance kad macam tu je ke? Sayangnya.

Mungkin peratusan untuk korang jumpa balik kad tu amat tipis, tapi sekurangnya korang boleh dapatkan refund balik dan terus block kad itu. Jadi walaupun ada orang jumpa kad korang, mereka tidak boleh gunakannya. 

 

Macam mana nak minta refund?

Pentingnya di sini ialah korang kena register secara online dahulu akaun di website Touch n Go. Untuk register secara online korang boleh klik DI SINI. Apabila korang sudah register akaun secara online, ianya lebih mudah untuk meminta refund kerana ada pilihan tersebut. Untuk block kad daripada digunakan oleh orang lain, korang boleh hubungi talian 0327148888 dan ikut arahan. 

Pastikan korang ingat nombor kad untuk melakukan proses block. Sebab itu lah penting untuk register online, kerana di sana ada tertulis nombor kad. Jika, masih tidak ingat, pastikan korang simpan resit tambah nilai, di situ juga ada tertera nombor kad Touch n Go. Proses refund akan mengambil masa selama 30 hari.

*Sumber: Touch n Go