Berhenti Perli Resume Graduan Muda. Mereka Pun Manusia Juga, Tak Lari Dari Kesilapan


by Aisya
Berhenti Perli Resume Graduan Muda. Mereka Pun Manusia Juga, Tak Lari Dari Kesilapan
Senang betul orang sekarang ni perlekehkan graduan muda. Kutuk dan perlekehkan cara mereka mencari kerja macam lah mereka tiada perasaan. Kebelakangan ni, selalu sangat HR upload resume yang dihantar oleh graduan muda ke social media dan kemudian menggelakkan serta mengutuk beramai-ramai. Kesiannya lahai graduan muda sudah lah mereka sedang berusaha mencari kerja lepas tu dikutuk pula.
Ini perkongsian daripada Mustapha Shobri, seorang entrepreneur di akaun miliknya di Facebook mengenai isu tersebut. Ada betulnya juga, kita ni cepat betul mengutuk jika ada sesuatu yang tidak kena. Daripada kutuk baik lah cuba untuk membantu bukan?
.jpg)
Semua manusia ada perasaan, dan graduan muda yang korang kutuk tak dapat kerja tu pun ada perasaan juga. Banyak betul isu HR Department yang perlekehkan resume graduan. Kalau betul mereka salah, kenapa perlu kutuk atau aibkan mereka?
.jpg)
Kalau korang berpengalaman luas dan ada ilmu, mengapa tidak ajar graduan muda ni bagaimana mahu buat resume yang bagus? Buat kelas, seminar atau apa-apa sahaja untuk membantu mereka. Kalau tak boleh buat, jangan kutuk.
.jpg)
Azabnya rasa dia apabila mencari kerja ni tak ada siapa yang faham. Mereka bertungkus-lumus mencari kerja dan siapa tahu mungkin sudah penat kena sindir dengan saudara-mara, kawan-kawan semua dah bekerja dia je yang menganggur, dengan PTPTN nya. Mereka memang perlukan sokongan korang.
.jpg)
Jangan kedekut ilmu, nanti diri sendiri yang rugi. Jadi daripada korang kutuk graduan muda ni tak reti nak buat resume, lebih baik korang sedekahkan ilmu tu. Sekurangnya mereka dapat kerja yang bagus dan korang pun ada saham untuk dibawa mati, kan?