Resume Korang Tidak Akan Dibaca Kalau Gunakan 10 Font Tulisan Ini
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Resume Korang Tidak Akan Dibaca Kalau Gunakan 10 Font Tulisan Ini

post by Aisya

by Aisya

Sep 20, 2021
pada 8:41 AM

Resume Korang Tidak Akan Dibaca Kalau Gunakan 10 Font Tulisan Ini

Dengan lambakan job seeker di dunia luar ni akan wujud job seeker yang mahu stand-out daripada orang lain. Caranya adalah, mereka akan lakukan cover letter yang se-kreatif mungkin, gunakan reference list dari mereka yang sangat berpengaruh, atau juga mungkin melalui sosial media. Semua benda boleh jadi kan sebab generasi muda ni semuanya otak kreatif.

Jadilah sekreatif mungkin tapi jangan sesekali cuba untuk lagak kreatif dengan gunakan font yang merepek. Kekal mudah dan simple dan pastikan ianya senang untuk dibaca. Kalau korang nak tahu, recruiter yang hebat dan berpengalaman tahap dewa ni, mereka cuma ambil masa selama 6 saat je untuk nak scan resume secara keseluruhan. 

 

1.  Courier new

Ini adalah font yang selalu korang gunakan sewaktu sekolah apabila nak tulis karangan ke kan. Sebab apa ini pilihan pelajar sekolah? Kerana ianya cukup besar dan memakan ruang. Baru tulis 2-3 ayat dah cukup jadi satu perenggan dah. Tulisannya macam korang gunakan typewriter tapi macam tak kena je?

 

2.  Lucinda console

Okay font ni nampak macam boleh diterima je tetapi ianya mengambil ruang yang besar dan bila recruiter baca macam tak sampai je mesej yang korang beriya nak kerja ni. Ada banyak lagi tau font yang korang boleh pilih. Scroll je, tapi mengapa ini juga yang korang nak gunakan?

 

3.  Comic sans

Nama pun Comic tak rasa ke macam font ni kelakar semacam? Ish korang ni, resume tu kena lah tegas padu dan mengancam! Kita nak bagi kat recruiter baca dan fahamkan yang kita ni beriya nak kerja. Tapi font ni dengan senget dan nampak macam bentuk bulat-bulat tak kena sangat. Terlampau kasual serta nampak serabut sangat. 

 

4.  Bradley hand ITC

Perasan tak font ni nampak macam tulisan dekat permainan Scribble? Betul kan? Font itu sepatutnya kena bawa maksud yang professional bukannya sesuatu sebagai font board games.

 

5.  Brush script

Uish ini memang merepek lah. Korang tak payah nak bajet macam penulis skrip pula nak tulis resume acah-acah skrip drama. Korang ni nak minta kerja bukannya nak hantar proposal skrip untuk buku ataupun filem blockbuster terbaru. Ingat tu ye? Jadi sila ubah font sekarang.

 

6.  Chalkduster

Korang ni rindu nakk tulis atas papan hitam ke? Macam zaman sekolah rendah dulu? Kalau iye pun rindu tak payah sampai nak gunakan ini dalam menulis resume. Resume tu kertas bukannya papan hitam sekolah. Hehe..

 

7.  Apple chancery

Font ni kalau korang nak gunakan dalam lafaz nikah atau janji kepada pasangan dan frame kan boleh lah diterima pakai, sebab nampak macam cantik dan sweet je. Ataupun resume korang tu sebenarnya proposal wedding buat recruiter yang baca? Eh? Haa kalau tak elakkan lah ye. 

 

8.  Mayalam MN

Ini font yang nampak macam modern sikit serta stylist tapi ianya terlampau narrow dan sukar sebenarnya nak baca satu persatu. KIta ni ank bagi recruiter senang baca bukannya kena guna kanta pembesar pula. Lagi sekali, font ini pun kena dielakkan sama sekali. 

 

9.  Harrington

Font ni sesuai lah kalau korang nak lakukan Fairy Tale Theater production ke sebab ianya nampak macam fairy sangat. Resume korang tu bukannya untuk fairy godmother kan? Haha jadi jangan gunakan ye.

 

10.  Braggadocio

Hmm, korang tengok sendiri lah macam mana font ni. Rasanya tak perlu nak cakap apa-apa lagi kot.