Khidmat Nasihat Untuk Menghilangkan Kekusutan Untuk Cari & Pilih Kerja sesuai
# Pengetahuan Pekerja

Khidmat Nasihat Untuk Menghilangkan Kekusutan Untuk Cari & Pilih Kerja sesuai

post by Izuan

by Izuan

Jul 18, 2017
pada 3:27 AM

Sebagai satu keperluan, memilih jenis pekerjaan juga merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Seperti pakaian dan tempat tinggal yang perlu memastikan agar kita selesa dibadan atau tempat kita berehat, kerja juga memainkan peranan penting untuk kita menjana sumber pendapatan.

Tempat kerja merupakan 'rumah kedua' kita, pastikan ia selesa barulah boleh tinggal dan menetap disitu. Kerap kali kita dengari mengenai konflik di tempat kerja, rasa tertekan yang melampau, hidup untuk kerja dan bermacam-macam lagi. Berhenti kerja dan hentam tuli terima tawaran lain bukanlah satu penyelesaian.

Kelak, akan jadi lebih menyesal kerana meninggalkan tempat kerja lama, mesti anda pernah alami situasi begini kan? Sampai jadi trauma kalau ada diterima tawaran bekerja, takut serik macam apa yang anda lalui sekarang, dalam masa yang sama rasa dilemma mahu berhenti cepat sebab tak tahan. Jadi, apa penyelesaiannya? 

Situasi : Dah Fikir Masak-Masak Nak Berhenti Kerja, Cuma Patut Ke...

Situasinya begini, individu ini seorang pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang kerjanya. Namun, dia mula menyedari apabila apa yang ditawarkan oleh majikan itu hanyalah dusta semata-mata, dan hanya manis mulut.

Tak tahan dengan kerja tersebut, dia membuat keputusan nak berhenti kerja namun rasa celaru samada dia patut :

  1. Terus kerja dan cuma buat yang terbaik
  2. Berhenti dan cari tempat kerja yang lebih bagus tapi makan masa lama
  3. Berhenti dan buat kerja free-lance sepenuh masa
  4. Kekal kerja disitu dan buat 'side-job' freelance

Fikiran dia menjadi lebih serabut apabila tiga perkara ini bermain dalam mindanya

  1. Kalau berhenti kerja nak masuk industri mana?
  2. Kerja apa yang patut diambil?
  3. Berapa gaji yang ditawarkan?

More Is Less

Mesti anda pernah rasa begini kan? Makin susah nak berhenti kerja. Menurut pakar kerjaya Martin McGover, situasi psikologi ini dinamakan “The Paradox of Choice,”  dan dalam konteks memilih haluan kerjaya, masalah ini yang menjadi penyebab utama untuk kita mencari kerja.

Ketika beliau berhadapan dengan individu yang mengalami situasi begini, hanya 3 soalan yang beliau tujukan kepadanya. Apa yang individu itu jawab hanyalah ya atau tidak dan soalannya begini :

  1. Cukup ke kawangan kalau nak berhenti?
  2. Suka kerja bersendirian atau di sebuah syarikat?
  3. Nak kerja dalam industri yang sama atau industri lain?

Dengan soalan ini secara keserabutan menjadi lebih terurus dan teratur. Akhirnya individu tersebut berjaya membuat keputusan yang betul. Namun macam mana nak amalkan soalan ini kepada cara kita mencari kerja? 

Fikir Secara Mendalam, Bukan Meluas

Martin memberikan satu contoh, dilemma untuk membeli barang. Katakanlah beliau merancang merancang untuk membeli berus gigi, terdapat bermacam-macam pilihan yang dia boleh ambil pilih:

  • Elektrik atau manual/biasa?
  • Berus lembut atau keras?
  • Mahal atau murah?

Ia seperti satu keputusan yang sukar untuk kita pilih sewaktu kita berada di pasaraya, kadang-kadang ambil masa yang lama. Ya lah, demi kebersihan mulut dan memastikan gigi sentiasa bersih kerana ia sebahagian daripada imej dan keterampilan tapi banyak sangat. nak pilih yang mana?

Kalau pilih elektrik, ada bermacam-macam jenama, sama juga yang manual atau biasa, jenis berus dan pelbagai harga. 

Hapuskan Pilihan

Jadi, bila anda pilih salah satu sahaja, contohnya biasa, tak perlu cari yang elektrik dan abaikan semua, sama juga yang lain bergantung kepada keperluan anda. Contohnya, anda memilih berus gigi manual yang lebuh dan harga yang murah. Fokus pada itu sahaja. Inilah yang dimaksudkan fikir secara mendalam, bukan meluas!

Bagaimanapun inilah yang paling getir untuk pilih yang mana betul-betul berbaloi untuk anda beli.

Dalam Konteks Kerja

Sama dalam konteks kerja, fikir dari aspek ini :

  • Lokasi
  • Industri
  • Jawatan
  • Syarikat
  • Gaji
  • Pengalaman

Menerusi pengalaman yang dilalui oleh Mantin sendiri, beliau gunakan aspek ini, ambil 2 jenis jawatan dan 2 jenis industri :

  • Content Marketing di syarikat pemasaran
  • Kaunseling kerjaya di institut pendidikan

Selepas 2 hingga 4 minggu menjalani interview di mana-mana syarikat mengikut 2 aspek yang dipilih. Martin menyedari bahawa beliau suka bekerja dalam bidang kaunseling kerjaya dan terus buang Content Marketing.

Pencariannya terus lebih fokus dalam industri kaunseling kerjaya tanpa rasa dilemma lagi. Cuma apa yang perlu difikirkan adalah budaya syarikat, lokasi dan pampasan pekerja.