Memang tak boleh dinafikan, bekerja lebih masa, berkomitmen tinggi memang akan meningkatkan kualiti prestasi kerja. Dari segi kerjaya, anda akan mengungguli carta pekerja paling cemerlang.


by Aisya
Memang tak boleh dinafikan, bekerja lebih masa, berkomitmen tinggi memang akan meningkatkan kualiti prestasi kerja. Dari segi kerjaya, anda akan mengungguli carta pekerja paling cemerlang.
Tapi, bagaimana dengan kehidupan anda? Betul ke kita tak boleh hidup kalau tak komited sepenuhnya terhadap kerja? Adakah kenaikkan pangkat merupakan segala-galanya? Benar apa yang sering dikatakan, tak serius kerja memang takkan kemana-mana tapi bukan sampai korbankan hidup kita semata-mata kerana kerja.
Apa guna kalau miliki kerjaya bergaji tinggi tapi hidup merana. Kerja bukanlah segala-galanya, ini buktinya!
Kerja 24 jam sekalipun tak pernah siap! Esok kita kena hadap benda yang sama juga, kalau dah siap kerja sekalipun akan ada tugasan baru. Nama pun kerja, tujuan kita dapat gaji adalah untuk 'membntu' menyelesaikan tugas yang hari-hari perlu dilakukan.
Jadi, kalau anda ada pemikiran dimana siap kerja awal boleh bersenang lenang, tanggapan itu salah! Tak perlu siapkan segala-galanya dalam masa sehari, bahagian masa untuk siapkan kerja, kalu boleh tangguh tapi kena pastikan tugasan itu menepati dateline yang telah ditetapkan.
Berusaha keras untuk menjaga hubugan baik dengan klien, sehinggakan tak kira waktu siang atau malam untuk berjumpa dengan mereka, beramah mesra. Kesannya, klien suka dengan anda sekaligus menaikkan prestasi syarikat.
Tapi, dengan keluarga masa akan terluang dan diri anda akan semakin ceria tanpa sebarang tekanan, sekaligus mood ceria akan membenatu segala-galanya termasuklah prestasi kerja.
Bukanlah nak kata semua boss macam tu, tapi jika ada sesuatu dugaan melanda diri anda, adakah boss dan klien yang akan memberi suntingan semangat? Mereka hanya mahukan kerja siap! Tapi keluargalah yang akan menjadi tulang belakang kita.
Habiskan masa dengan rakan sekerja tidak sama dengan habiskan masa dengan boss tidak sama dengan keluarga dan rakan-rakan. Lepak dengan rakan sekerja ada hadnya, tapi dengan orang terdekat, kita akan menjadi diri kita dan ia lebih seronok.
Seperti yang dikatakan tadi, kerja bukanlah segala-galanya, ya memang kerja adalah sumber utama untuk hidup tapi tak semua perkara yang ada dalam pekerjaan kita bernilai dalam diri. Luangkan sedikit masa untuk diri, cuba keluar bercuti, berjumpa sahabat dan lain-lain yang tiada kaitan dengan kerja.
Bukan untuk merendahkan martabat graduan muda dan mereka yang tidak memiliki pelajaran tinggi, tapi apa manfaat yang kita terima jika bekerja sehingga 18 jam sehari jika purata bayaran hanyalah setimpal untuk 8 jam sehari. Tapi ingat,balik on time pun datang kerja kenalah on time, kalau kerja lambat balik on time tu memang tak mendatangkan apa-apa kebaikan langsung.