Jawapan Padu Kalau Penemuduga Tanya "Apa Bekas Majikan Akan Katakan Pasal Anda?"
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jawapan Padu Kalau Penemuduga Tanya "Apa Bekas Majikan Akan Katakan Pasal Anda?"

post by Aisya

by Aisya

Jul 23, 2017
pada 2:18 AM

Soalan-soalan temuduga yang basic memang dah boleh diagak oleh calon-calon. Ini semua dah banyak dikongsi dan malah boleh dicari di internet juga. Kebiasaannya calon-calon akan menghafal soalan-soalan sebegini dan sebab itulah mereka boleh menjawab dengan lancar sekali. Soalan yang paling cliche akan ditanya oleh penemuduga ataupun HR ialah "Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?', "Apa kelemahan anda?" "Di mana anda akan lihat diri anda untuk tempoh 10 tahun lagi?". Ini semua sering kali ditanya kan? 

Kali ni, kita akan bercerita pasal soalan yang agak lain daripada lain sikit. Mungkin ada yang pernah ditanya dan gelabah tak tahu nak balas apa sebab tak buat homework dan tak jangkakan soalan tersebut. 

 

"Apa yang bekas majikan akan katakan mengenai anda?"

Soalan ini sebenarnya sedikit menakutkan. Patut ke jawab dengan benda-benda yang baik pasal korang? Nanti dia kata angkat bakul sendiri pula. Tapi kalau berikan kata-kata negatif, mesti dia ingat yang korang ni pekerja yang bermasalah dan ada masalah dengan majikan sendiri. Argh! Dilemanya! 

Jujur katakan apabila ditanya soalan sebegini secara bersemuka, memang akan berasa gerun. Siapa tahu kan yang bos-bos ni bila habis kerja atau weekend akan pergi ke kelab eksklusif ke ada group sendiri dan kenal masing-masing. Kalau korang cakap buruk pasal bekas bos nanti dia ceritakan pada diorang balik. Haa.. cuak dah.

 

Ingat! Ini bukan sesi luah perasan tau

Okay bila ditanyakan soalan sebegini, ianya bukan masa untuk korang jadi jujur dan adakan sesi luah perasan pula. Kalau memang betul bekas majikan korang tu senang dan kerja dan prestasi kerja, katakan sahaja yang "Saya rasa bekas majikan saya akan katakan yang saya ini seorang yang penuh dengan idea baru dan kreatif, cekap dalam membuat kerja dan senang untuk bekerjasama." Tiada masalah untuk berkata sedemikian dan ianya bukan angkat bakul sendiri tau.

Tapi kalau hubungan antara korang dengan bekas majikan tak berapa nak menjadi, jangan pula katakan yang mereka itu seorang majikan yang teruk, tak berhati perut dan suka buli pekerja. Hentikan jawapan sebegitu. Sebaliknya elakkan untuk menjawab segitu. Korang perlu pandai untuk beri jawapan agar tidak nampak negatif. Jadi dah tahu nak jawab bagaimana?