Sesi interview bukannya satu fasa yang mudah, majikan ini diibaratkan sebagai klien untuk kita menarik minat mereka untuk menggunakan perkhidmatan yang kita sediakan. Kajian menunjukkan bahawa syarikat perlu melabur 130 hingga 140 peratus daripada gaji seseorang pekerja/calon itu untuk mengambilnya bekerja di syarikat, yang merangkumi manfaat, cukai, latihan dan sebagainya.

