Langkah-Langkah Mudah Untuk Claim "Wang Tak Dituntut" Bagi Memudahkan Anda
# Trending Semasa

Langkah-Langkah Mudah Untuk Claim "Wang Tak Dituntut" Bagi Memudahkan Anda

post by Izuan

by Izuan

Jul 25, 2017
pada 4:58 AM

Sejak kebelangan ini isu berkenaan Wang Tak Dituntut (WTD) hangat diperkatakan oleh nertizen, sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang untuk membuat semakan jika ada sebarang amaun yang masih belum dituntut pada mereka. Siapa yang tak nak kan?

Mesti masih ramai masih belum tahu secara lebih terperinci mengenai WTD ini kan? Untuk membuat tuntutan ini, ada prosesnya tersendiri yang kita kena lalui, namun ia begitu mudah. Cuma kalau boleh anda perlu ada persediaan awal sebelum membuat rundingan ini, jadi bagi memudahkan anda disini ada satu perkongsian yang menjelaskan secara telus dan proses melakukan tuntutan tersebut.

Apa itu WTD ( Wang Tak Dituntut) ????

Berikut adalah sedikit info mengenai WTD ni.

Pertama sekali, kita ketahui terlebih dahulu akan apa yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut. Baca elok-elok ya.

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;

dividen;

keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;

tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;

draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;

simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang; cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.

Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

akaun simpanan;
akaun semasa;
Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

- akaun pemiutang dagangan
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Berdasarkan maklumat di atas, jadi bolehlah kita menuntut kembali baki wang yang ada dalam akaun, dengan syarat mengikut apa yang telah ditetapkan.

Cara membuat semakan:​​

1. Hanya serahkan MyKad di kaunter dengan hadir sendiri di mana-mana Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

2. Pegawai bertugas akan semak melalui sistem dan tidak sampai lima minit kita akan dapat tahu jika mempunyai WTD.

3. Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.

4. Bayaran akan dibuat kepada penuntut selepas semua butiran dalam borang yang diisi disahkan sahih.

Apa yang di minta oleh petugas kaunter?​​

1. Mengisi borang UMA-7 yang agak ringkas dan serahkan terus setelah diisi.

2. Kad Pengenalan - Pegawai tolong buatkan salinan (mungkin kerana tiada pelanggan lain) dan disahkan oleh pegawai

3. Salinan muka hadapan buku bank untuk dikreditkan pembayaran. Boleh ambil pengesahan no akaun juga dari bank.

Ini 3 dokumen Untuk Membuat Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) - Bagi Individu

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Jabatan Akauntan Negara 03-2056 8000. Jangan call sis pulak, hehe..

Haaa dah tau cara kan? Apa lagi? Pergi la check cepattt..Kot-kot tetiba jadi kaya, jangan lupa belanja sis durian udang merah! 

Sila like dan SHARE untuk pengetahuan rakan-rakan dan keluarga anda. Terima kasih.

 

 

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> RESUME DESIGN PERCUMA
> Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. terhad kepada 6,000 pendaftar terawal, sekarang ni dah ada 3,000 tau! Jangan tunggu-tunggu lagi >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma