Semasa Interviewer Soal Bab Kelemahan, 5 Gaya Ini Bukan Jawapannya Tapi 2 Ada Contoh
# Pengetahuan Interview

Semasa Interviewer Soal Bab Kelemahan, 5 Gaya Ini Bukan Jawapannya Tapi 2 Ada Contoh

post by Izuan

by Izuan

Jul 26, 2017
pada 12:46 AM

Ramai yang masih buntu cara bagaimana menjawab kelemahan sewaktu interview, ada yang menjawab kelemahan peribadi, malah ada yang cuba melawak di hadapan majikan dengan harapan dapat menarik perhatiannya.

Bahkan ada juga yang terlalu yakin, sebenarnya cara menjawabnya perlulah ada sangkut paut dengan pekerjaan. Bukan sewenang-wenangnya mendedahkan aib sendiri dihadapan majikan. Tak pasal-pasal dapat malu, peluang kerja pun melepas!

Sketsa jenis-jenis jawapan melalut yang kami tayangkan kepada korang ini, sebenarnya ada yang pernah terjadi di hadapan kami sendiri. 

Video Penuh

1. Lurus Bendul

Kalau korang cerita 'kelemahan' tu depan boyfriend atau kawan-kawan memanglah nampak sweet. Tapi jangan harap majikan hadap kalau korang beritahu perkara ini sewaktu temuduga. Mungkin ada yang segelintir ingin yang cuba mahu selitkan unsur-unsur sense of humor tapi kalau melampau sangat, nampak tak professional.

Berpada-padalah kalau nak melawak sekalipun, jangan sampai soalan yang serius di buat main-main. Kalau interview dijalankan dengan cara santai, tak bermakna korang pun kena santai sepanjang masa, bila majikan tanya jawab elok-elok. 

2. Overconfident Tahap Dewa

Baru setahun jagung dalam bidang tu, dia punya berlagak, ya ampun! Orang macam inilah yang majikan akan reject mentah-mentah. Nobody perfect lah, dah lah yakin tahap dewa, cara menjawab pun berlagak macam orang tak ada adab. Mungkin si calon cuba tampak yakin untuk memukau majikan. Tapi majikan rasa ia satu perbuatan yang jelak.

3. 1001 Masalah

Ada masalah peribadi jangan lah dibawa ke tempat kerja, majikan cuma nak tahu apa kelemahan sahaja. Ini segala perkara diceritakan sampai majikan pun dah naik 'masalah' dengar bebelan korang. Kalau faham tak apa, ni sepatah haram pun majikan tak tahu apa yang si calon bebelkan.

4. Menggelenyang Tak Kena Tempat

Eh! Nak cari kerja ke nak cari jodoh? Cuba bertutur dengan jelas dan lantang jangan nak acah-acah manja sangat, bila ditanya soalan lain pandai pula jawab elok-elok. Tapi bila bab kelemahan, macam cacing kepanasan. Korang ingat majikan suka? Makin meluat ada lah, dah la gedik jawapan yang diberi pun merepek. Next!

5. Drama Tak Sudah-Sudah

Jawapan melalut tu dah satu hal, cerita pula meleret macam mendalam sangat 'peristiwa hitam' tu, jalan cerita bukan main lagi padahal point utama nak sampaikan yang kelemahan korang tu anjing sebab pernah digigit.(satu perkara yang tak ada kaitan dengan kerja langsung). Dah tu, siap tanya soalan bodoh lagi. 

Ada macam-macam lagi jawapan mereka yang melucukan dan menyakitkan hati majikan ini, tonton sahaja video penuh di atas atau KLIK DISINI UNTUK TONTON.

Contoh Jawapan Paling 'Simple' Tapi 'Cool'

1. "Saya semangat bila buat kerja tu, saya rasa kecewa bila kawan sekerja saya tak semangat macam saya. Jadi saya bolehlah menolong kawan sekerja saya untuk jadi semangat macam saya"

2. "Skill pengurusan saya agak lemah, tapi saya sentiasa memperbaiki skill pengurusan yang saya ada dari semasa ke semasa"