4 Golongan Jobseeker Yang Berpotensi Disenarai Hitam Dalam Sistem Majikan
# Pengetahuan Pekerja

4 Golongan Jobseeker Yang Berpotensi Disenarai Hitam Dalam Sistem Majikan

post by Izuan

by Izuan

Jul 30, 2017
pada 12:12 PM

Untuk pengetahuan korang, setiap majikan boleh mengakses sebuah sistem di mana para majikan daripada syarikat lain boleh rujuk sistem tersebut untuk mengetahui senarai nama calon-calon jobseeker yang telah disenarai hitamkan.  Jadi, mungkin nama korang sudah mula dikenalpasti oleh majikan lain untuk di reject walaupun korang belum pernah mohon kerja di syarikat mereka.

Ia sekaligus memberikan kesan yang mendalam terhadap reputasi korang dan menyukarkan korang untuk mendapat kerja kerana awal-awal lagi resume korang di tendang mentah-mentah oleh syarikat tersebut. Mungkin korang ada melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan sewaktu temuduga dengan syarikat yang ditemuduga sebelumnya.

Bagaimanapun, majikan tidak sewenang-wenangnya senarai hitamkan nama korang jika korang tak ditema bekerja dengan mereka, mungkin korang tak layak dan tak menepati kehendak mereka. Itu takkan menjejaskan reputasi korang melainkan korang ada melakukan beberapa perbuatan di bawah ini sewaktu temuduga.

1. Mohon Semua Jawatan Yang Ada Di Syarikat Itu

Jika korang lihat ada 10 jawatan diiklankan di laman web mereka, pilih mana yang sesuai. Kalau rasa keliru, hantar resume secara general di laman tersebut. Jangan sesekali mohon semua jawatan yang ada disitu.

Nasihat kami elakkan mohon lebih daripada 3 jawatan di syarikat tersebut, kami faham korang amat memerlukan pekerjaan tapi cara mohon banyak jawatan di syarikat sama menampakkan korang macam main-main. 

2. Mendesak Majikan Dan Berkelakuan Biadap

Jawab soalan temuduga dengan penuh professional, jangan menunjukkan yang korang desperate sampai merayu-rayu dengan mereka kerana ia akan bertukar menjadi sesuatu perbuatan yang sangat biadap. Jika majikan kata tunggu panggilan dalam masa terdekat, jangan sesekali mendesak mereka untuk mengetahui masa keputusan.

Selain itu, jika gaji yang mereka tetapkan itu mungkin kurang daripada jumlah yang diminta, jangan merayu-rayu dan desak mereka untuk berikan jumlah lebih. Kalau boleh jangan terlalu kerap berkata "saya betul-betul nak kerja ni" sewaktu temuduga. Ya! mungkin ini dream job korang, tapi majikan pula fikir disebaliknya. Ia mungkin dimaafkan kalau prestasi baik, tapi kalau prestasi hancur, blacklist lah jawabnya.

3. Jangan Sembunyi Segala Info Penting

Contohnya jika sebelum ini korang pernah dibuang kerja akibat masalah syarikat kemudian kerja semula di syarikat tersebut selepas beberapa tahun. Jangan lupa untuk memberitahu kepada pihak atasan supaya tidak berlaku perselisihan faham antara mereka. Jika korang sembunyikan, majikan akan rasa curiga apabila mereka mengetahui sendiri, korang mungkin akan dipecat semula dan disenarai hitamkan terus daripada sistem.

4. Gagal Menghadirkan Diri

Perjanjian telah dibuat bahawa korang akan hadir dan terima tawaran temuduga, Tapi bila sampai pada waktunya korang gagal hadir, ini juga boleh menyebabkan nama korang disenarai hitamkan. Jadi, susah kalau kroang nak mohon kerja di tempat lain, ikut nasib je lah! 


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. terhad kepada 6,000 pendaftar terawal, sekarang ni dah ada 3,000 tau! Jangan tunggu-tunggu lagi >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma