Senarai 7 Skill Yang Tengah 'Laku' Dalam Pasaran Industri
# Pengetahuan Pekerja

Senarai 7 Skill Yang Tengah 'Laku' Dalam Pasaran Industri

post by Izuan

by Izuan

Jul 31, 2017
pada 2:47 AM

Tahun 2017 ini, boleh dikatakan peluang kerja semakin terhad ekoran dengan persaingan yang semakin tinggi sampai menyebabkan majikan sekarang tak pandang pendidikan lagi. Di zaman moden ini, skill merupakan senjata penting untuk menyelamatkan diri dari kancah pengangguran yang berpanjangan. 

Jadi, disini beberapa senarai kemahiran yang berkaitan untuk pelbagai jenis kerjaya yang dimahukan oleh banyak majikan menjelang tahun 2017 ini. cuba kuasai kesemua kemahiran teknikal ini, bukan hanya sekadar tulis dalam resume sahaja. Ini kerana peredaran zaman yang kian maju dan penggunaan digital yang semakin meluas! 
 

1. Adobe Photoshop 

Untuk bidang kerjaya yang lebih kreatif seperti suntingan gambar dan grafik, pengetahuan asas photoshop sudah memadai kerana ia merupakan satu keperluan. Tak perlu pening kepala, anda boleh mengambil kurses pendek (short course) atau menyertai mana-mana kelas untuk menguasai kemahiran photoshop ini. 

2. Micosoft Excel  

Bagi mereka yang ingin bekerja dalam menganalisis maklumat, kewangan. Penguasaan Microsoft Excel sangat penting. Dengan menghadiri kursus ini, anda akan mempelajari asas-asas spreadsheet, menggunakan formula dan segalanya mengenai Excel ini. 

3. Bahasa Ketiga (Asing) 

Mempelajari bahasa baharu bukan satu kemahiran yang mudah kerana anda harus bermula dari bawah. Tapi, penguasaan bahasa ketiga akan memberi manfaat yang sangat bernilai dalam diri kerana individu yang mempunyai pelbagai bahasa, dilihat sebagai "multi tasking" dan juga mempunyai memori yang baik!  

Kalau diikutkan, kerja-kerja yang melibatkan berurusan dengan klien, seperti PR, Marketing, agen pelancongan dan sebagainya memerlukan anda untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang luar. Jadi kuasailah kemahiran bahasa ketiga. 

4. Pembangunan Web 

Pengetahuan asas mengenai kemahiran ini sudah memadai untuk menjadikan diri anda sangat 'relevan' untuk pelbagai industri tahun 2017 ini. Hampir keseluruhan industri menggunakan kaedah digital sebagai platform utama dalam membuat pasaran mengenai perniagaan mereka. 

5. Wordpress 

Seperti yang dikatakan tadi, platform digital semakin meluas, jadi pasti mereka mahukan pekerja untuk membuat isi kandungan Jadi, tak kira sama ada anda  editor yang diiktiraf dalam penerbitan digital atau graduan muda, pasaran bidang kerjaya dalam bentuk digital semakin meluas.  Kuasai kemahiran wordpress untuk cemerlang  dalam mengendalikan isi kandungan laman web. 

6. SEO 

(Search Engine Optimization) adalah satu kaedah terbaik seseorang untuk mengukur kejayaan kerjaya melalui click, likes & share. Dengan menambahkan SEO dalam kemahiran anda, ia merupakan satu nilai berharga terhadap diri majikan. 

7. Google Analytics 

Kalau anda mula berjinak-jinak dengan SEO, belajar guna Google Analytics pula. Ia adalah satu langkah bijak, anda  akan belajar cara untuk mengoptimumkan artikel dan kempen yang memerlukan cara untuk merekod dan menganalisis keputusan hasil kerja.