CEO Ini Hantar Mesej Pada Hujung Minggu Dan Lewat Malam Untuk Uji Calon Pekerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

CEO Ini Hantar Mesej Pada Hujung Minggu Dan Lewat Malam Untuk Uji Calon Pekerja

post by Aisya

by Aisya

Jul 31, 2017
pada 2:48 AM

Wajarkah kalau majikan ukur tahap kelayakan calon berdasarkan sepantas mana dia balas email atau mesej dari bakal majikan? Walaupun mesej atau email tersebut dihantar pada tengah malam hujung minggu? Kalau korang berada dalam situasi ini, korang rasa wajar ke?

Ianya adalah sesuatu yang normal bagi CEO Barstool Sports, Erika Nardini jika mahu mengambil calon pekerja baru. Untuk mengetahui samada calon itu betul-betul komited terhadap kerja atau tidak, dia gunakan kaedah yang lain dan unik daripada tempat lain. Erika akan mesej calon sesuatu perkara berkenaan kerja pada pukul 9 atau 11 malam pada hari Ahad untuk lihat berapa pantas respond calon tersebut. 

Jika calon tersebut balas mesej lebih dari 3 jam, memang dia akan terus tolak tepi. Ianya tak bermaksud yang dia akan menganggu pekerjanya sepanjang hujung minggu, tetapi dia mahu pekerjanya responsif kerana bagi dia, soal kerja sentiasa bermain difikiran dan dia juga mahukan pekerjanya untuk sentiasa fikirkan soal kerja. 

 

Bagaimana dengan work-life balance?

Bagi Erika, dia lebih beratkan etika kerja. Graduan muda yang baru menceburi bidang kerjaya ini perlu keluar dari zon selesa dan berkorban sedikit. Daripada situ lah, sikap dan personaliti akan terbentuk. Ianya juga selari dengan kajian yang dilakukan oleh firma GFK dimana majoriti millennials menggelar diri mereka sebagai "pengabdi kepada kerja" atau mereka yang jarang sekali untuk ambil cuti demi perkembangan kerjaya. 


*Sumber: Money

 

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> RESUME DESIGN PERCUMA
> Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. Terhad kepada 3,000 pendaftar terawal >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma