Elon Musk Yang Hebat Pun Boleh Muatkan Semua Info Dalam Resume Satu Muka Surat Je
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Elon Musk Yang Hebat Pun Boleh Muatkan Semua Info Dalam Resume Satu Muka Surat Je

post by Aisya

by Aisya

Jul 31, 2017
pada 6:09 AM

Kenal tak Elon Musk? Seorang entrepreneur yang paling berpengaruh sekali dalam industri teknologi. Pencapaian Elon Musk ni terlampau banyak daripada mencipta teknologi pembayaran secara elektronik, pasaran tenaga solar, mencipta kereta menggunakan tenaga elektrik yang berkuasa tinggi sehinggalah kepada melancarkan commercial space dan juga roket. 

Katakan lah Elon Musk mahu memohon kerja, muat ke nak letak semua info hebat-hebat ini dalam satu satu muka surat resume je? Sebab mengikut pandangan expert, resume sudah cukup memadai jika satu muka surat je. 

 

Semua boleh dimuatkan dan masih nampak tersusun dan sharp

Novoresume, sebuah firma yang pakar dalam menulis resume secara online telah mencuba untuk menulis resume Elon Musk dengan hanya memuatkan kesemua dalam satu muka surat sahaja. Cuba lihat contoh resume Elon, ianya tersusun dan yang paling menarik sekali adalah di bahagian "Skills & Competences" di mana dia menyenaraikan kesemua kemahirannya yang hebat-hebat. Tapi perasan tak, tak kesemua kemahiran dia rate penuh 100%. Ini mungkin satu idea yang korang boleh ikut. 

*Sumber: Money

 

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> RESUME DESIGN PERCUMA
> Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. terhad kepada 3,000 pendaftar terawal >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma