Tukar 8 Hobi Menarik Ini Kepada Side-Income
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Tukar 8 Hobi Menarik Ini Kepada Side-Income

post by Aisya

by Aisya

Apr 5, 2020
pada 5:03 PM

Kerja apa lah yang boleh dilakukan sebagai side-income? Tak nak kerja sebagai delivery guy ataupun kerja sambilan sebagai pelayan kedai makan. Sebenarnya bukan itu je kerja sambilan atau freelance yang boleh dilakukan, ada banyak sangat dan ada yang boleh dilakukan daripada rumah je. Berikut adalah 8 side-job yang korang boleh cuba dan yang paling menariknya, korang boleh tukar minat terhadap sesuatu kepada wang!

 

1. Voice-over

Voice-over artist ni memang amat-amat demanding tau. Mereka diperlukan untuk rancangan kartun, filem seperti alih suara, iklan TV, permainan video, dan bermacam lagi. Kalau korang memang berbakat dalam voice-over ni memang boleh buat duit tau. Cuma kena tahu je macam mana nak lakukannya dan dimana. Untuk kerja ini, memang penting untuk ada suara yang jelas dan sebutan sepatah-sepatah agar pendengar boleh faham. 

 

2. Penulis freelance

Sekarang ni semuanya sudah mula beralih ke digital. Majalah-majalah serta surat khabar pun sudah makin melopori dunia digital pula kerana pemesatan teknologi. Jadi kemahiran menulis ini memang tengah laku di pasaran sekarang. Korang boleh buat side-job sebagai penulis untuk agensi pengiklanan, buku, majalah, skrip TV, lagu, blog serta media platform yang lain.

 

3. Jurugambar

Ini memang salah satu kemahiran yang memang tak rugi kalau korang melabur untuk belajar. Photographer diperlukan untuk majlis perkahwinan, sebarang acara, konvokesyen dan bermacam lagi. Sekali shoot je berapa ratus korang boleh dapat? Memang ianya sesuatu yang menguntungkan dan juga boleh isi masa lapang dengan lakukan perkara yang menarik, berjumpa orang baru dan bermacam lagi. 

 

4. Freelance graphic designer

Graphic designer ni memerlukan orang yang kreatif dan sentiasa penuh dengan idea. Khidmat korang amat diperukan untuk nak design banner, produk, social media post dan bermacam lagi. Satu project pun sudah berapa? Kalau client berpuas hati memang sentiasa sahaja lah ada project buat korang. Cuma sanggup tak sanggup je untuk nak kejar dateline.

 

5. Pakar gadget

Tahu tak korang boleh dibayar untuk beri review mengenai gajet terkini di pasaran? Kalau korang ni memang sentiasa up-to-date dengan teknologi terkini, memang kepakaran korang boleh digunapakai. Akan ada company yang akan siap hantar korang untuk ke launching event dan jadi orang terawal untuk gunakan gajet tertentu untuk berikan review. Menarik kan?

 

6. Pelatih renang

Pelatih renang ni memang sentiasa sahaja ada lubuk side-income sebab ramai para ibu bapa yang gemar menghantar anak-anak mereka ke kelas berenang. Kalau private lesson tu memang masyuk betul dan boleh cover duit belanja bulanan korang. Cuba lah dahulu baru tahu.

 

 7. Peminat sukan

Peminat sukan khususnya  bola memang hot betul di pasaran. Korang boleh gunakan kemahiran korang untuk handle social media dengan update info-info serta berita terkini mengenai sukan. Pengulas sukan pun menarik juga dan korang boleh tukar minat mendalam terhadap sukan ini kepada satu kerjaya. 

 

8. Pengulas makanan

Kebiasaannya blogger yang suka lakukan kerja ini. Diorang sebenarnya bukannya buat secara free tau. Mereka dibayar untuk beri ulasan terhadap makanan, kedai atau kafe yang baru buka dan yang penting gambar mesti kena menarik untuk nak tarik minat orang datang ke kedai. Dengan kuasa viral, selang beberapa hari je kedai tersebut akan jadi terkenal.

 

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> RESUME DESIGN PERCUMA
> Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. terhad kepada 3,000 pendaftar terawal >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma