Bagaimana Nak Buat Infografik Resume Yang Boleh Kagumkan Bakal Majikan Anda? Ini Caranya
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Bagaimana Nak Buat Infografik Resume Yang Boleh Kagumkan Bakal Majikan Anda? Ini Caranya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jul 31, 2017
pada 9:46 AM

Tiada siapa yang suka menunggu, lebih-lebih lagi dalam permohonan kerja. Kalau boleh, harini mohon, esok nak terus mula bekerja. Kadang tu dah hantar resume, dah follow up, pendek kata semuanya dah buat. Namun, tetap tidak berpeluang dipanggil bekerja. Stress, kan?

Apa kata anda ubah sikit resume anda jadi lebih menarik? Yelah, sekarang kan dah ramai graduan kat luar sana. Oleh itu, resume yang lain dari yang lain dapat membantu anda menjadi lebih stand out daripada yang lain. 

Pernah tak anda terfikir untuk buat resume berbentuk infografik? Sebenarnya, maklumat berbentuk infografik seperti carta dan senarai grafik adalah lebih mudah difahami berbanding resume biasa. 

Bagi anda yang tak tahu macamana nak buat resume sebegini, mari kami tunjukkan caranya:

1. Mulakan dengan idea infografik yang power

Sebelum anda bercadang untuk membuat resume infografik ni, anda perlu betul-betul faham dengan apa yang dimaksudkan dengan infografik. Sebagai contoh, kebiasaannya carta digunakan untuk informasi berbentuk pengiraan. Jadi tak sesuai sekiranya anda gunakan carta untuk menceritakan tentang pengalaman kerja. 

Anda kena bijak dalam menggunakan terma-terma yang berkaitan dengan infografik. Kalau berlaku kesilapan, bukan sahaja akan membuatkan orang keliru, malah berkemungkinan anda juga takkan dapat kerja tersebut. 

Ini antara contoh resume infografik oleh seorang selebriti terkenal Hollywood, Ashton Kutcher:

 

 

2. Pilih color scheme yang tepat

Selain membuat resume yang kreatif, anda juga perlu bermain dengan psikologi supaya dapat menarik perhatian bakal majikan anda. Warna memainkan peranan penting dalam memberi mood kepada invidividu yang membaca resume anda tu nanti. 

Lain warna, lain gambaran perasaan yang wujud seperti kepercayaan, optimis dan juga ketenangan. Ingat! Pilih warna yang boleh menarik perhatian bakal majikan anda tau. Jangan pilih warna sebab anda suka warna tu. 

3. Guna aplikasi yang betul

Pilihan yang tepat untuk membuat resume infografik ini semestinya Adobe Photoshop memandangkan ia sesuai untuk mereka grafik kreatif bagi semua tujuan.Selain itu, anda juga boleh cuba menggunakan aplikasi Canva kerana ia menyediakan beberapa template yang bersesuaian dengan infografik dan resume. 

Berikut merupakan antara contoh template yang boleh anda ambil daripada aplikasi Canva ini:

Ini antara template yang bleh anda pilih.

Anda boleh tambah segala info berkaitan menerusi pilihan yang disediakan seperti ikon, grid, carta dan juga gambar. 

Anda juga boleh menggunakan aplikasi lain seperti Visual.ly sekiranya anda tak berminat untuk menggunakan aplikasi ini. Ini kerana kedua-dua platform ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

4. Highlight rujukan dan pencapaian anda

Infografik memudahkan lagi anda untuk menonjolkan sijil dan pencapaian anda menerusi logo dan juga grafik. Cuba letakkan sekali testimonial daripada bekas majikan, pensyarah dan juga rujukan berkaitan lain. 

Berikut merupakan contoh bagaimana anda boleh masukkan testimoni ke dalam infografik:

5. Buat yang mudah saja

Jika anda mempunyai banyak masa, anda bolehlah buat resume infografik ini sendiri. Tapi lebih bagus sekiranya anda upah mereka yang lebih mahir untuk buatkan untuk anda. Lagi senang!

Ini contoh resume infografik yang lengkap dan telah siap dibuat:

Akhir sekali, tiada undang-undang tetap yang perlu anda ikuti sekiranya nak buat resume infografik ni. Semuanya ikut kreativiti masing-masing je. Lagi kreatif, lagi menariklah resume anda tu nanti. Cuma jangan terlalu melebih-lebih sehinggakan bakal majikan anda tak baca langsung resume anda tu sebab tak faham.

Semoga berjaya!

Sumber: Lifehack


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. terhad kepada 6,000 pendaftar terawal, sekarang ni dah ada 3,000 tau! Jangan tunggu-tunggu lagi >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma