Pensyarah Keluarkan Hujah Kenapa 'Pinggan Mangkuk Viral' Bahaya Digunakan
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Pensyarah Keluarkan Hujah Kenapa 'Pinggan Mangkuk Viral' Bahaya Digunakan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 7, 2017
pada 3:14 AM

Kecoh baru-baru ini tentang kemunculan 'pinggan mangkuk viral' yang dijual di Pasar Seni dan beberapa buah lokasi lain. Mana taknya, ia dijual dengan harga serendah 50 sen kot. Siapa je yang tak teruja kan.

Tapi, jangan teruja sangat. Tahu tak sebenarnya pinggan mangkuk hiasan ini boleh membahayakan kesihatan sekiranya ia digunakan untuk menghidang makanan?

Melihatkan fenomena ini, seorang pensyarah kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi tampil memberi 'warning' kepada orang ramai tentang implikasi penggunaan pinggan mangkuk viral ini.

"Kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya."

"Pinggan mangkuk ini begitu mendapat sambutan hangat sekarang berkemungkinan besar disebabkan seluruh permukaannya (luar dan dalam) disadur dengan kemasan atau cat yang menampakkannya lebih menarik."

"Bagaimanapun katanya, ramai yang tidak tahu kemasan ini mudah terhakis (leaching) apabila suhu panas atau bertindak balas dengan asid, menyebabkan plumbum akan masuk ke dalam badan manusia."
 

"Jangan panaskan makanan dalam pinggan mangkuk ini dan jangan letak makanan panas di permukaannya."

"Kita cuma boleh bagi kesedaran kepada masyarakat, kalau suka sangat mungkin boleh guna sekali-sekala atau letak makanan sekejap-sekejap sahaja, tapi bukan guna untuk hidang makanan harian."

Sumber: Mstar Online


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Syarikat Besar turut menyertai : AEON, Aegis, Padini, Guardian, Dream Job, CAREDO, COOLBLOG, GigaGis, Air Tech Engineering & Consultancy Pte Ltd, dan pelbagainya!
  • Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
  • Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP

(Terhad kepada 8,500 pendaftar terawal, sekarang dah ada 7,000 tau!)

 

PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]