Buntu Dengan Hala Tuju Kerjaya? Wanita Ini Kongsikan Thread Agar Anda Tak Tersalah Pilih Nanti
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Buntu Dengan Hala Tuju Kerjaya? Wanita Ini Kongsikan Thread Agar Anda Tak Tersalah Pilih Nanti

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 10, 2017
pada 4:55 AM

Tamat saja pengajian, ramai yang tak tahu memilih kerjaya yang sesuai dengan diri sendiri. Ada yang belajar ilmu perubatan, tapi bila tamat saja pengajian, ragu-ragu pulak nak kerja dalam bidang perubatan. 

Inilah antara punca yang menyebabkan ramai fresh graduate menganggur kerana kesilapan sewaktu memilih kos pengajian masing-masing. Siapa yang nak ambik korang bekerja sebagai peguam kalau sewaktu belajar dulu korang ambik bidang perubatan? Haa kan dah lari jauh tu.

Bila ditanya, ramai yang bagitau bahawa mereka tiada rujukan yang tepat tentang apa yang mereka patut pilih masa zaman belajar dulu. Sebab tulah bila tamat je belajar, ramai yang rasa tak sesuai untuk teruskan kerjaya mengikut kos masing-masing. 

Korang yang bakal melanjutkan pengajian dan seterusnya memasuki bidang kerjaya, boleh rujuk panduan yang dikongsikan oleh wanita ini. Dapatlah korang buat keputusan dengan tepat nanti.

"Korang bagus dalam bidang apa? Kalau korang suka apa yang korang buat tapi korang tak berapa mahir dengan perkara tersebut, tak payah teruskan. Ia tak sesuai dengan korang."

"Kalau ada peluang, cari kerja atau buat praktikal dalam bidang tersebut. Sewaktu di A levels, saya banyak kerja dalam bidang berkaitan perubatan. Sebab saya nak tahu sama ada saya sesuai ataupun tak dalam bidang ni."

"Kalau korang tak suka menghabiskan sehari suntuk di tempat kerja, jadi bidang perubatan bukanlah kerjaya yang sesuai untuk anda."

Sumber: Twitter @twt_malaysia 


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Syarikat Besar turut menyertai : AEON, Aegis, Padini, Guardian, Dream Job, CAREDO, COOLBLOG, GigaGis, Air Tech Engineering & Consultancy Pte Ltd, dan pelbagainya!
  • Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
  • Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP

(Terhad kepada 8,500 pendaftar terawal, sekarang dah ada 7,000 tau!)

 

PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]