Sebut saja career fair, pasti ramai yang berasa teruja dan tak sabar menantikan acara tersebut berlangsung. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sememangnya sedang menantikan peluang untuk mendapatkan kerja.


by Haziqah Muhamad
Sebut saja career fair, pasti ramai yang berasa teruja dan tak sabar menantikan acara tersebut berlangsung. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sememangnya sedang menantikan peluang untuk mendapatkan kerja.
Selalunya mereka yang paling teruja mestilah calon-calon lepasan SPM yang berniat untuk melibatkan diri dalam alam pekerjaan. Career fair merupakan salah satu platform penting yang bakal menjanjikan kerjaya buat mereka selain memohon pekerjaan menerusi online ataupun penghantaran borang ke syarikat-syarikat tertentu.
Sehubungan dengan itu, satu ekspo kerjaya iaitu Ekspo Maukerja 2017: Johor Edition sekali lagi bakal diadakan bagi memberi peluang kepada semua individu seawal lepasan SPM untuk memohon kerja dengan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia. Betul! Korang yang baru habis SPM tu WAJIB serbu sebab banyak peluang kerja menanti korang kat sana nanti. Free kan diri pada hari tersebut dan mohonlah sebanyak mana kerja yang korang nak!
Nak tahu berapa banyak peluang kerja yang menanti korang di sana? Ekspo Maukerja 2017: Johor Edition menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan buat semua yang hadir nanti. Banyak tu! Boleh bayangkan betapa banyaknya nanti syarikat yang menantikan kehadiran anda untuk ditemuduga. Takkan korang nak lepaskan peluang tu kot? Rugilah!
Seperti yang dinyatakan, ekspo Maukerja kalini lebih fokus kepada calon yang terdiri daripada lepasan sekolah seawal SPM sehinggalah mereka yang bergelar graduan muda. Jadi memang takde alasanlah untuk korang yang baru habis SPM tu untuk tak datang ke sini nanti. Peluang cerah untuk korang tau!
Interview Serta Merta!
Haa sebab tulah kami sarankan korang untuk berpakaian formal nanti. Korang bukannya datang ke ekspo ni sekadar nak pusing-pusing dan tinggalkan resume di booth-booth syarikat di situ. Korang datang untuk temuduga terus tau. Untung betul!
Results Interview 24 Jam. Cepatnya!

Ye, korang tak salah baca! Dah lah bakal ditemuduga serta-merta, results temuduga tersebut pula akan diproses dalam masa 24 jam melalui SMS. Harini interview, esok dah boleh tahu keputusannya.
Nak FREE VVIP Tiket? >> KLIK SINI
Banyak Syarikat Ternama Menanti Anda Nanti
Syarikat yang terlibat bukanlah calang-calang syarikat. Antara syarikat yang terlibat termasuklah AEON, Guardian, Aegis dan banyak lagi syarikat ternama lain.
Nak FREE VVIP Tiket? >> KLIK SINI
DI MANA? BILA?
Tarikh: 19 Ogos 2017
Waktu: 9AM Hingga 6PM
Nak FREE VVIP Tiket? >> KLIK SINI