Info Yang Majikan Nak Tahu Dalam Cover Letter Korang. Penting Ni!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Info Yang Majikan Nak Tahu Dalam Cover Letter Korang. Penting Ni!

post by Izuan

by Izuan

Aug 13, 2017
pada 12:00 PM

Mengikut Co-Founder Betterteam, sebenarnya amat lah jarang untuk recruiter nak baca cover letter calon ni. Ini kerana untuk resume akan ada aplikasi untuk nak menapis kesemua resume dan cari calon yang terbaik. Bagi cover letter pula, memang terbiar macam itu je berlonggok dalam kotak. Mengikut pakar, ini kerana ramai calon yang tulis cover letter sama je macam resume jadi tak ada faedah untuk recruiter ini nak baca info yang berulang-ulang.

Apa itu cover letter?

Cover letter ni jangan anggap macam summary untuk resume korang tau. Itu memang ternyata salah. Mesti lah ada sebab mengapa company tu minta cover letter serta resume sekali gus. Kalau dia tahu korang tulis cover letter tu sebiji sama macam dalam resume cuma dalam ayat yang lengkap baik tak payah dia minta kan? Jadi apa yang perlu ada dalam cover letter ni untuk nak buatkan ianya lain daripada lain? 

Kalau korang hadir untuk temuduga, kalau nak susun segala dokumen mesti cover letter akan berada paling depan sekali dan diikuti dengan resume bukan? Recruiter akan baca cover letter korang satu persatu dan kalau ianya menarik barulah dia akan beralih ke resume pula. Lain pula kalau korang hantar permohonan kerja melalui email. Kebiasaannya recruiter akan semak dahulu resume kerana mereka menggunakan aplikasi untuk nak menapis kesemua resume.

Setelah mereka kurangkan bilangan calon, dan bila mereka baca resume calon yang menarik perhatian mereka barulah akan baca cover letter pula. Walau apa sekalipun, dalam kedua-dua situasi ini jika korang tersalah langkah dalam menulis cover letter memang mengurangkan peratusan korang berjaya diambil bekerja. 

Apa yang perlu ada dalam cover letter?

Apa yang recruiter carikan dalam cover letter adalah highlight pencapaian professional korang bagi yang pernah bekerja sebelum ini. Mereka mahu tengok jika korang dinaikkan pangkat dalam tempoh yang singkat, menerima anugerah daripada syarikat terdahulu atau dalam industri serta kemahiran-kemahiran unik yang korang miliki. Anggap cover letter ini sebagai untuk nak beritahu apa yang terbaik terjadi dalam kerjaya korang. 

Ada sebab mengapa cover letter tu diletakkan di depan sekali dan bukannya resume. Cover letter ini lah yang recruiter akan baca dahulu dan apabila selesai baca dan dia mahukan lebih jelas mengenai tempoh korang bekerja, pada tahun berapakan semuanya sudah tersedia dalam resume. Jangan nak campur-aduk kesemua info dalam resume tu dalam cover letter sekali. 

Paling penting sekali yang jarang sekali calon tuliskan dalam cover letter ialah jawatan apa yang dimohon dan nama company. Ini nampak je mudah tetapi perlu tulis dalam cover letter tau. Ini akan membezakan korang dengan calon lain yang mana kalau tak tulis, akan menunjukkan yang korang tak tahu menahu nama company serta jawatan yang korang mahukan. Bukan itu je, ia juga menunjukkan yang korang ada usaha dengan tidak gunakan cover letter yang sama untuk setiap kerja kosong yang dimohon.

Pastikan cover letter korang tu tak meleret macam karangan. Nanti recruiter akan rasa bosan untuk nak baca. Perlu diingatkan tips berguna ini apabila menulis cover letter ialah, apa yang ada dalam cover letter itu padan dengan apa yang company carikan dalam seseorang calon. Mereka mahu mencari aset berguna kepada company, jadi korang perlu lagak seperti aset yang mereka carikan. Kekalkan cover letter itu ringkas dan tuliskan kemahiran-kemahiran yang penting dan memang perlu untuk jawatan yang dimohon.