Bila Dah Cecah 40-an, Layak Lagi Ke Nak Mohon Kerja? Ikut 5 Tips Penting Ini
# Pengetahuan Pekerja

Bila Dah Cecah 40-an, Layak Lagi Ke Nak Mohon Kerja? Ikut 5 Tips Penting Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 25, 2022
pada 9:30 AM

Bila Dah Cecah 40-an, Layak Lagi Ke Nak Mohon Kerja? Ikut 5 Tips Penting Ini

Perjalanan hidup adalah sesuatu yang kita tak boleh jangka. Macam-macam punca yang boleh memerlukan kita untuk bertukar kerjaya atau bekerja dalam lingkungan umur 40 tahun. 

Bagi orang muda, pertukaran kerjaya adalah sesuatu yang biasa kerana ramai majikan yang memerlukan tenaga kerja dalam kalangan orang muda. Ini kerana golongan muda memiliki pemikiran yang segar, berfikiran terbuka dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

Pernah tak kita terfikir tiba-tiba kita terpaksa bertukar kerjaya dan mula semula sesi termuduga pada usia 40-an? Ada ke majikan yang sudi terima bekerja di tempat baru nanti? Bagaimana caranya untuk kita 'jual' diri kita kepada majikan tersebut? Nah, ikut 5 tips penting ini!

1. Jangan pernah berhenti belajar

Biasalah, bila dah lama bekerja, kita akan 'stick' dengan cara kita bekerja terdahulu. Agak sukar nak ubah sebab terbiasa. Sekiranya diterima bekerja di tempat baru, jangan pernah takut untuk mengubah cara anda bekerja. Kita masuk ke tempat orang, jadi kitalah yang kena mengikut rentak mereka.

2. Hala tuju karier yang jelas

Hala tuju karier anda akan membantu majikan anda untuk gambarkan perkembangan anda dalam kerjaya pada masa hadapan. Jika anda mempunyai niat yang jelas dalam kerjaya anda, ini akan lebih meyakinkan majikan bahawa anda sememangnya serius untuk bekerja dan bukannya sekadar mengejar gaji semata-mata.

3. Buat portfolio

Portfolio merupakan satu dokumen yang menghimpun laporan lengkap mengenai diri anda daripada segi prestasi kerja, pencapaian, kebolehan dan sebagainya. Pastikan portfolio anda adalah berbentuk grafik dan angka bagi memudahkan ia untuk dibaca. 

Portfolio ini akan jadi sebagai kayu pengukur yang menunjukkan sejauh mana kebolehan anda boleh menyesuaikan diri dalam kerjaya baru nanti.

4. Tampilkan kebolehan diri

Haa masa ni lah anda nak jual diri anda dekat majikan. Keluarkan segala pengalaman, skill dan kebolehan yang anda ada supaya majikan akan jadi lebih yakin untuk menerima anda bekerja. Kebiasaannya majikan lebih gemarkan calon yang mempunyai pengalaman kerja yang banyak berbanding mereka yang mempunyai pendidikan tinggi tapi tiada pengalaman langsung. Inilah kelebihan anda!


5. Selalu bersemangat

Walaupun anda banyak pengalaman, tak semestinya anda boleh besar kepala. Jadilah seperti padi, 'semakin berisi semakin menunduk.' Tunjukkan rasa bersemangat anda untuk bekerja tu boleh, tapi berpada-pada ya. Jangan terlalu bersemangat sampaikan bakal majikan tak berkenan. Nanti mereka ingat anda ni seoorang yang besar kepala dan berlagak pula.