Kerja Part Time 3 Hari Je Seminggu Tapi Boleh Dapat Pendapatan Cecah RM800 Di Sunway Lagoon!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kerja Part Time 3 Hari Je Seminggu Tapi Boleh Dapat Pendapatan Cecah RM800 Di Sunway Lagoon!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 15, 2017
pada 4:34 AM

Pada masa sekarang ni, apa-apa saja kelebihan yang korang ada boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau korang ni ada bakat semula jadi yang tak semua orang ada. 

Bagi lepasan SPM yang belum menerima mana-mana panggilan kerja lagi, ni ada peluang baek punya untuk korang! Sunway Lagoon Sdn Bhd sedang mencari korang yang berbakat untuk mengisi kekosongan sebagai Pelakon Seram di tempat mereka. Korang cuma perlu kerja 3 hari seminggu iaitu jumaat, sabtu dan ahad selama 4 minggu dan berpeluang untuk raih pendapatan sehingga RM800!

Korang yang dah bekerja tapi teringin nak buat duit poket lebih pun boleh join mohon sekali! Waktu bekerja bermula dari pukul 6pm - 12am. Memang sempat sangatlah kalau nak kerja di sini lepas tamat waktu kerja. 

 


Pelakon Seram (Part Time)

Pendapatan sehingga RM800

 

Kelayakan

  • Seorang yang periang, energetik serta berbakat dalam membawa pelbagai karektor dan berminat kerja Part Time untuk salah satu Night Event di Theme Park (memberi keutamaan kepada calon yang berminat dengan acara Cosplay)
  • PENTING: Semua calon perlu hadir ke sesi Scare School Academy Training. Calon yang hadir ke sesi latihan akan dibayar
  • NOTA: EPF & SOCSO akan dipotong mengikut polisi yang ditetapkan

Tanggungjawab

  • Hari Bekerja: Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad sepanjang bulan Oktober
  • Masa: 6.00pm - 12.00am
  • Minimum umur: 17 tahun
  • Lokasi: Bandar Sunway

Manfaat Tambahan

  • Makanan disediakan
  • Pakaian dan alat solek disediakan

 


Kru Acara (Part Time)

RM7.50/ Sejam

 

Kelayakan

  • Calon yang bersemangat dan boleh berkebolehan mengendalikan event
  • Semua calon perlu hadir ke sesi Scare School Academy Training dan mereka akan dibayar

Tanggungjawab

  • Cuma perlu bekerja setiap Jumaat, Sabtu & Ahad sepanjang bulan Oktober
  • Masa bekerja bermula dari 6.00pm - 12.00am
  • Minimum kelayakan umur adalah 17 tahun
  • Lokasi kekosongan jawatan di Bandar Sunway

Manfaat Tambahan

  • Makanan disediakan
  • Pakaian dan alat solek disediakan
  • Suasana tempat kerja yang seronok
  • Banyak manfaat menanti anda!

Sesiapa yang teringin nak tambah pendapatan, mohonlah kekosongan kerja yang ditawarkan di Sunway Lagoon ni. Baik korang mohon cepat sementara masih ada kekosongan sebab peluang adalah sangat TERHAD!