Bila Bos Bagi Kerja Bertubi-Tubi, Amalkan 5 Cara Ini Tau!
# Pengetahuan Pekerja

Bila Bos Bagi Kerja Bertubi-Tubi, Amalkan 5 Cara Ini Tau!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 15, 2017
pada 10:16 AM

Sesetengah pekerja memandang sesuatu pekerjaan sebagai satu bebanan. Disebabkan sikap macam ni, bila ada kerja lebih sikit, mulalah diorang ni merungutlah, tunda kerjalah dan sebagainya. Bila sampai nak kena submit, haa masa tu stres pun datang berganda-ganda. 

Korang tak boleh biarkan perkara macam ni berterusan sebab kehidupan korang bergantung kepada gaji yang diterima. Jadi, nak taknak, korang kena enjoy dengan pekerjaan yang korang buat tu. 

Macam mana cara korang nak atasi stress bila kerja datang bertubi-tubi? Jom semak 5 tips ini.

1. Sentiasa bersyukur kerana anda mempunya kerja

Apa-apapun, korang kena bersyukur dengan pekerjaan yang korang ada sekarang ni. Bila korang ada sikap positif macam ni, betapa banyak kerja yang diberi, pasti korang takkan merasa stress atau sebagainya. Cuba tengok sekeliling. Masih ramai lagi yang struggle dalam kehidupan dengan tiada pekerjaan, makan minum tak menentu dan sebagainya. Jadi kalau korang rasa down, muhasabahlah diri tu ye.

2. Berdoa sebelum memulakan kerja

Sebelum pergi ke pejabat atau baru nak mulakan kerja, berdoalah dulu. Mintak doa supaya tuhan mempermudahkan segala urusan kita pada hari itu. Bila kita berdoa, pekerjaan yang dibuat akan terasa lancar je. Cubalah kalau tak percaya!

3. Tanamkan sikap profesional dalam kerja

Cuba beri sedikit penghargaan kepada diri anda setiap kali korang berjaya selesaikan sesuatu pekerjaan. Ini akan mendorong korang untuk melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Makin banyak korang mendorong diri sendiri, makin banyak kemajuan yang korang lakukan. Kan seronok tu!

4. Selesaikan kerja paling mudah dulu

Kerja pasti akan bertambah setiap hari. Jadi, bagi mengurangkan bebanan korang dalam pekerjaan, selesaikan kerja yang mudah terlebih dulu. Selalunya kerja yang mudah tak mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Jadi korang dah boleh jimat banyak masa untuk teruskan kepada kerja yang lain pula. Ingat, work smart, don't work hard!

5. Bekerja dengan fikiran positif

Semua perkara yang kita buat perlulah diselitkan dengan nilai positif. Aura positif sangat penting bagi membangkitkan semangat seseorang itu untuk bekerja. Tanamkan keyakinan dalam diri bahawa korang mampu untuk lakukannya dengan baik. Confirm korang akan berjaya selesaikan sebanyak mana kerja yang diberikan. Percayalah!

Sumber: Suara.com


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Syarikat Besar turut menyertai : AEON, Aegis, Padini, Guardian, Dream Job, CAREDO, COOLBLOG, GigaGis, Air Tech Engineering & Consultancy Pte Ltd, dan pelbagainya!
  • Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
  • Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP

(Terhad kepada 8,500 pendaftar terawal, sekarang dah ada 7,000 tau!)

 

PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]