Di Bawah Akta Kerja 1955, Korang Boleh Minta Upah 'In Advance' Tapi bersyarat
# Pengetahuan Pekerja

Di Bawah Akta Kerja 1955, Korang Boleh Minta Upah 'In Advance' Tapi bersyarat

post by Izuan

by Izuan

Aug 16, 2017
pada 8:08 AM

Tak ramai pekerja yang tahu bahawa gaji atau upah yang mereka dapat daripada pekerjaan turut mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi oleh majikan. Kalau korang kurang pengetahuan mengenai perkara ini admin sarankan korang ambil serius sebab kemungkinan korang boleh tertipu oleh majikan sendiri!

Hari ni kami nak kongsi antara peruntukan-peruntukan gaji yang termasuklah dalam soal tempoh upah, masa pembayaran upah, pendahuluan upah, keutamaan upah, potongan terhadap upah dan cara pembayaran upah.

Maksud Upah Di Bawah Akta Kerja 1955

“Upah” bererti gaji pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dibuat mengikut kontrak perkhidmatannya. Namun ia tidak termasuk:

  • nilai mana-mana sewaan atau pembelian tempat tinggal atau apa-apa bekalan makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan
  • apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan atau apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis perkerjaannya

Jadi, di sini bermaksud kalau korang dapat manfaat tambahan sebagai contoh rawatan perubatan, kos itu tak temasuk dalam jumlah gaji yang korang terima. Sama juga jika korang pergi 'outstation' korang berhak membuat claim di atas segala perbelanjaan pekerjaan semasa di luar. 

Tempoh Dan Masa Pembayaran Upah

Seksyen 18 Akta Pekerjaan telah mewajibkan majikan agar membayar upah pekerja sekurang-kurangnya sekali bagi setiap satu bulan

Setelah tempoh dan masa pembayaran itu telah ditetapkan, majikan mestilah membayar upah TIDAK LEWAT daripada 7 hari selepas tempoh itu berakhir. KECUALI jika majikan dapat memuaskan hati Ketua Pengarah (Jabatan Tenaga Kerja) yang pembayaran itu tidak dapat dibuat atas sebab-sebab yang munasabah.

 Selain itu, bayaran gaji hendaklah dibuat dalam NILAI YANG SAH. Ini bermakna kalau korang bekerja di Malaysia, upah hendaklah di bayar dalam RINGGIT MALAYSIA dan begitu juga sebaliknya. 

Ia juga hendaklah dibayar dalam bentuk TUNAI, namun Seksyen 25A pula membenarkan upah dibayar dalam bentuk cek atau ke dalam akaun bank pekerja, tertakluk kepada kebenaran pekerja tersebut. Tapi pekerja juga boleh menarik balik persetujuan ini dengan member notis 4 minggu dengan alasan yang munasabah.

Pendahuluan Upah

Terdapat majikan-majikan terutamanya kepada pekerja yang berpendapatan amat rendah seperti di tapak-tapak binaan perlu memberikan wang pendahuluan bagi pekerja mereka. Walaupun ini telah dibenarkan oleh Akta, namun  Seksyen 22 Akta Pekerjaan 1955 ada menyatakan bahawa majikan TIDAK BOLEH dalam mana-mana satu bulan memberi pendahuluan pada pekerja MELEBIHI JUMLAH UPAH yang diperolehi oleh pekerja itu pada bulan sebelumnya kecuali:

a)    bagi membolehkannya membeli, membina atau membaiki sebuah rumah;

b)    bagi membolehkannya membeli tanah;

c)    bagi membolehkannya membeli ayam itik;

d)   bagi membolehkannya membeli sebuah motokar, motorsikal atau basikal;

e) bagi membolehkannya membeli syer perniagaan majikan itu yang ditawarkan untuk jualan oleh majikan itu;

f)   bagi mana-mana tujuan lain:

Keutamaan Upah

Setiap majikan mesti membayar upah pada pekerjanya apabila kerja tersebut telah selesai dan sempurna dilaksanakan. Kegagalan berbuat demikian adalah satu perlanggaran pada terma kontrak.

Mengikut Seksyen 31 pula, jika harta majikan atau orang yang bertanggungjawab membayar upah pekerja dijual dengan perintah mahkamah atau wang mereka dibekukan, pihak mahkamah akan memastikan mana-mana wang yang perlu dibayar kepada pekerja empat bulan upah dibayar lebih dahulu sebelum bayaran kepada mana-mana pemiutang bercagar dibuat.

Potongan Terhadap Upah

Potongan terhadap upah TIDAK  BOLEH DI BUAT SESUKA HATI MAJIKAN dan perlu mengikuti peruntukan Akta Pekerjaan 1955. Menurut Seksyen 24 Akta Pekerjaan 1955, majikan dibenarkan membuat potongan terhadap upah dalam keadaan-keadaan tertentu seperti yang berikut:

  • Potongan-potongan hingga setakat apa-apa bayaran lebih yang dibuat atas kesilapan majikan dalam masa tiga bulan sebelum itu
  • Potongan-potongan bagi indemniti yang perlu dibayar kepada majikan jika pekerja menamatkan kontrak perkhidmatannya di bawah seksyen 13
  • Potongan yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis yang lain sebagai contohnya seperti Caruman KWSP, PERKESO dan LHDN