5 Ungkapan Interviewer Yang Menunjukkan Syarikat Tu Bermasalah
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

5 Ungkapan Interviewer Yang Menunjukkan Syarikat Tu Bermasalah

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 16, 2017
pada 9:02 AM

Sebenarnya bukannya calon-calon sahaja banyak menipu masa temuduga, majikan pun sama. Cuma disebabkan calon-calon kurang arif dalam bidang pekerjaan yang mengaburi mata calon. Tapi jika calon-calon mempunyai pengalaman temuduga ditempat lain dan bekerja pasti dapat hidu penipuan mereka ini.  

Cara mereka yang cuma memberi harapan tinggi kepada calon padahal semua itu hanyalah "indah khabar dari rupa" sahaja. Ada juga yang cuba 'perangkap' calon untuk bekerja mereka walaupun pada dasarnya calon tidak berminat untuk bekerja disitu.

Kesannya, menyesal di kemudian hari. Jika anda mendengar kata-kata ini keluar dari mulut mereka bersiap sedia kerana semua tu hanya dusta semata-mata.

1. "Kami Tak Tahu Lagi Berapa Purata Gaji Untuk Jawatan Ini, Kami Akan Bincang Dengan Pihak Pengurusan Nanti"

Sebenarnya mereka mahukan calon tersebut tapi gaji yang ditawarkan tidak menepati kehendak calon, kemungkinan majikan sebenarnya mahu berikan lebih rendah daripada piawaian yang sepatutnya.

Mereka dah tetapkan awal-awal cuma tak mahu dedahkan kepada anda sehingga tandantangan perjanjian telah dibuat. Dari situ dah mula menyesal apabila lihat gaji yang ditulis dalam surat perjanjian itu sangat mendukacitakan.

2. "Gaji Kat Sini Rendah, Tapi Syarikat Ini Punya Benefit Bagus"

Adakah benefit yang ditawarkan itu boleh membantu tanggungan kehidupan seharian hidup anda? Kalau boleh itu tiada masalah, tapi biasanya ini adalah 'trick' majikan nak 'cut cost' bajet mereka. Bandingkan kos benefit yang diberikan dengan kos bulanan anda. Biasanya tidaklah membantu sangat.

3. "Tak Apa Kami Akan Cari Pekerja Lain Untuk Membantu Kerja Awak"

Biasanya majikan akan menjelaskan skop kerja kepada anda. Sebagai seorang yang dah berpengalaman calon tersebut boleh tahu samada kerja itu diluar kemampuan atau tidak.

Tapi kami yakin, dengan pengalaman dalam bidang yang sama sewaktu latihan industri pasti calon graduan muda juga tahu bagaimana bebanan kerja tersebut. Itu sebablah pentingnya kaji selidik latar belakang, kalau ada yang tak kena dan ini yang keluar dari mulut mereka masa interview. Fikir betul-betul!

4. "Kami Akan Call Balik Minggu Depan"

Tapi hampir sebulan mendiam, bila call tak nak angkat. Jadi faham-faham lah, tapi ada juga majikan yang betul-betul hubungi. Ia bergantung pada syarikat, tapi biasanya anda boleh baca sendiri dari air muka mereka. Cuma, biasanya kalau majikan kata begini, maknanya memang tak ada harapan.

5. "Budget Kami Tak Cukup Untuk Bagi Awak Banyak Ini, Apa Kata Awak Kerja Dulu, Kalau Awak Okay Kami Naikkan Pangkat Awak Dengan Cepat!"

Bila dah ambil kerja, hampir setengah tahun tapi mendiam. Kerja dilakukan memang okay, bila di tanya majikan pasti akan beri respon prestasi kerja yang tak bagus. Padahal dah "all out"! Jadi, kami sarankan jangan ambil sebab itu hanyalah helah semata-mata.

 


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Syarikat Besar turut menyertai : AEON, Aegis, Padini, Guardian, Dream Job, CAREDO, COOLBLOG, GigaGis, Air Tech Engineering & Consultancy Pte Ltd, dan pelbagainya!
  • Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
  • Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP

(Terhad kepada 8,500 pendaftar terawal, sekarang dah ada 7,000 tau!)

 

PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]