Pernah 'Fail' Teruk 4 Paper, Wanita Ini Kongsi Petua Kejayaan Dapatkan 4 Flat
# Gaya Hidup

Pernah 'Fail' Teruk 4 Paper, Wanita Ini Kongsi Petua Kejayaan Dapatkan 4 Flat

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 16, 2017
pada 9:29 AM

Ramai yang salah teknik dalam belajar. Bukan gred yang sepatutnya dikejarkan untuk pass peperiksaan tetapi ilmu itu adakah diaplikasikan dalam kehidupan atau tidak. Ramai yang belajar tekun dan ingat semua benda semata-mata untuk exam sahaja, dan lepas habis exam habis semua tak ingat dah. Azfarina Jaafar berkongsi nasihat kepada netizen bagaimana untuk tekun belajar dan betul-betul capai apa yang dimahukan.

"Share knowledge. Jangan bila orang tanya kau cakap alah benda simple je kot"

 

Azfarina menceritakan bagaimana dia mampu daripada gagal 4 paper kepada 4 flat. Bagi dia, belajar sepatutnya adalah untuk ilmu, bukan semata-mata untuk nak pass exam sahaja. Bukan itu je, segala ilmu yang korang dapat itu kongsikan kepada kawan lain sebab ianya adalah sedekah yang berterusan.

Jangan pernah bagi alasan "alah, aku busy gila. Tak ada masa la." Itu semua alasan yang tak patut digunakan sebab semua orang dalam satu hari ada 24 jam. Dan dalam 24 jam itu, dia boleh pergi ke kelas, main game, makan dan solat, memasak serta kemas rumah, pergi kerja waktu malam, dan belajar waktu tengah malam. Jadi kalau dia boleh buat semua perkara dalam satu hari mengapa korang tak boleh pula?

Ini semuanya bergantung bagaimana korang uruskan masa dengan baik. Paling penting bila ada kawan yang bertanyakan soalan, tolong ajaran mereka jangan kedekut  ilmu. Kalau korang tengok betul-betul, segala ilmu yang korang kongsikan lagi korang ingat dan lebih faham. Jangan bangga diri sangat, sekali Allah tarik kepandaian kau macam tu je nanti tak boleh jawab masa exam.

"Eleh baru sekali dapat 4 flat dah nak belagak"

Kalau nak tahu, dia pernah fail 4 paper dan bukannya pelajar yang setiap sem asyik dapat dekan je. Jadi dia tahu apa rasanya bila gagal exam ni, kena extend lagi memang perit. Orang tak akan tahu apa perasaannya dan diorang akan anggap yang korang ni bodoh je. Lagipun tak ada orang yang nak ambil tahu mengapa korang gagal, tak ada yang nak tanya apa-apa yang boleh diorang bantu sebagai kawan dalam belajar ke, tak ada siapa kisah. 

"Kau belajar untuk pass exam je ke, ataupun belajar untuk ilmu?"

Pelajar-pelajar perlu ubah mentaliti agar jangan belajar semata untuk nak lulus peperiksaan je. Belajar tu anggap sebagai untuk nak timba ilmu. Belajar tu pasang niat untuk nak timba ilmu dan faham bukannya nak show-off pada kawan lain. Jangan takutkan sangat pada exam sampaikan guna perkara-perkara tahyul hanya untuk nak lulus exam. Mengapa perlu belajar pun nak main tipu? Kalau fail ambil ini sebagai cabaran dan berusaha lagi.

 

"Aku bukan pandai tapi aku work harder"

Tak perlu nak jadi pandai otak geliga macam Albert Enstein kalau nak berjaya ni. Apa yang diperlukan adalah usaha yang kuat. Buat ulangkaji bersungguh-sungguh dan jangan pernah sesekali berputus asa. Tolong kawan-kawan lain untuk sama-sama berjaya dan jangan pentingkan diri sahaja. 

Point nya disini, jangan belajar demi peperiksaan sahaja. Jangan biarkan ia jadikan korang sebagai "hamba peperiksaan". Belajar demi menuntut ilmu, dan push yourself to the limit sampai betul-betul rasa macam diri dah berusaha bersungguh-sungguh. Kalau usaha pun suam-suam kuku macam mana nak target 4 flat kan? Ambil nasihat ini sebagai ikhtibar.


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Syarikat Besar turut menyertai : AEON, Aegis, Padini, Guardian, Dream Job, CAREDO, COOLBLOG, GigaGis, Air Tech Engineering & Consultancy Pte Ltd, dan pelbagainya!
  • Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
  • Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP

(Terhad kepada 8,500 pendaftar terawal, sekarang dah ada 7,000 tau!)

 

PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]