Isu kebajikan pekerja asing sememangnya menjadi perhatian kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia, apatah lagi dalam usaha bagi memperkasa aspek pematuhan penginapan pekerja di seluruh negara untuk mengawal penularan wabak Covid-19 secara menyeluruh dan berkesan. Untuk itu, kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021. Bagi tujuan sama, kerajaan juga menggubal dua peraturan baharu di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
