Pangkat Polis Dari Konstabel Sampai CP. Ini Susunan & Tugasannya

Dalam pasukan polis di Malaysia, pangkat polis memainkan peranan penting dalam menentukan tanggungjawab dan bidang kuasa setiap anggota. Setiap pangkat membawa tanggungjawab yang berbeza dan tanggungjawab ini mempengaruhi gaji serta faedah yang diterima.
Artikel ini akan memberikan panduan mengenai pangkat polis di Malaysia, tugas yang terlibat pada setiap pangkat, serta maklumat gaji polis.
Pangkat Polis di Malaysia
Pangkat polis di Malaysia dibahagikan kepada beberapa peringkat, bermula dari pangkat rendah sehingga ke pangkat tertinggi. Sistem pangkat ini penting bagi memastikan pengurusan dan operasi pasukan polis berjalan dengan lancar dan teratur. Setiap pangkat membawa peranan dan tanggungjawab yang berbeza.
Berikut adalah pangkat-pangkat polis di Malaysia, bermula daripada pangkat paling rendah hingga paling tinggi:
Pegawai Rendah Polis (Rank and File)
- Konstabel
- Lans Koperal
- Koperal
- Sarjan
- Sarjan Mejar
- Sub-Inspektor
Pegawai Kanan Polis (Gazetted Officers)
- Inspektor Percubaan (Probationary Inspector)
- Inspektor
- Asisten Superintenden Polis (ASP)
- Deputi Superintenden Polis (DSP)
- Superintenden Polis (SUPT)
- Asisten Komisioner Polis (ACP)
- Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
- Deputi Komisioner Polis (DCP)
- Komisioner Polis (CP)
- Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
- Inspektor Jeneral Polis (IGP / Ketua Polis Negara) — Pangkat tertinggi dalam PDRM.
> Dah penat cari kerja? Jom, drop resume di Maukerja & biar kerja cari korang! <
Tugas Polis Mengikut Pangkat

Sistem hierarki Polis Diraja Malaysia (PDRM) direka untuk memastikan rantaian arahan (chain of command) yang jelas. Berikut adalah perincian tugas utama mengikut kumpulan pangkat:
- Konstabel & Lans Koperal (Barisan Hadapan):
Berperanan sebagai pelaksana utama di lapangan. Tugas merangkumi rondaan pencegahan jenayah (bit/patrol), kawalan lalu lintas, dan menjadi petugas kaunter aduan di balai polis untuk menerima laporan awal daripada masyarakat. - Koperal & Sarjan (Penyelia Rendah):
Bertindak sebagai ketua pasukan kecil atau unit di lapangan. Mereka mengawasi disiplin anggota bawahan, mengendalikan tugas-tugas pentadbiran balai, serta membantu Pegawai Penyiasat dalam proses pengumpulan bukti di tempat kejadian. - Sub-Inspektor & Inspektor (Pegawai Penyiasat / OCS):
Pangkat Inspektor selalunya memegang jawatan sebagai Pegawai Penyiasat (IO) yang bertanggungjawab menguruskan kertas siasatan bagi kes jenayah. Sub-Inspektor atau Inspektor juga boleh dilantik sebagai Ketua Polis Balai (OCS) di balai-balai kecil untuk menyelia seluruh operasi balai tersebut. - ASP (Asisten Superintenden) & DSP (Deputi Superintenden):
Bertindak sebagai pengurus operasi peringkat pertengahan. Mereka biasanya mengetuai bahagian atau cawangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), menyelia kes penyiasatan yang lebih serius, dan membuat keputusan taktikal semasa operasi besar dijalankan. - Superintenden (SP) ke Atas (Pucuk Pimpinan):
Pangkat ini melibatkan tanggungjawab strategik. Contohnya, seorang Superintenden atau ACP boleh memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah (KPD). Pangkat yang lebih tinggi (SAC hingga IGP) bertanggungjawab dalam penggubalan dasar, pengurusan kontinjen negeri, dan keselamatan negara secara menyeluruh.
Kalau nak tahu lagi lanjut boleh rujuk huraian kerja perkhidmatan Pegawai Kanan Polis disini.
ARTIKEL BERKAITAN: Pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Kriteria Kenaikan Pangkat PDRM
Pengenakan pangkat polis di Malaysia dilakukan berdasarkan prestasi kerja, tempoh perkhidmatan, dan kelayakan pendidikan. Proses kenaikan pangkat ini melibatkan penilaian yang teliti dan perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi anggota yang ingin memohon kenaikan pangkat, mereka perlu menjalani beberapa ujian dan latihan, termasuk ujian kecergasan fizikal dan latihan akademik. Kenaikan pangkat ini bukan sahaja membawa peningkatan gaji, tetapi juga peningkatan dalam tanggungjawab dan kuasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Deskripsi Tugas Pegawai Polis
Senarai Gaji Polis Mengikut Pangkat di Malaysia
Bermula 1 Januari 2026, penjawat awam PDRM yang memilih skim SSPA telah menerima pelarasan gaji Fasa 2. Berikut adalah anggaran jadual gaji minimum-maksimum (JGMM) serta gaji permulaan bagi jawatan utama:

Nota: Anggaran ini tidak termasuk pelarasan 7% (Fasa 2) yang dikira berdasarkan gaji akhir pada 31 Disember 2025 bagi individu yang memilih SSPA.
Elaun & Manfaat Tambahan
Selain gaji pokok, anggota PDRM layak menerima pelbagai imbuhan tetap dan bantuan bulanan:
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM300 sebulan (bagi Gred YA1).
- Bayaran Insentif Khas PDRM: RM200 sebulan.
- Bantuan Sara Hidup (COLA): RM100 - RM350 mengikut lokasi bertugas.
- Elaun Perkhidmatan Awam: RM115 sebulan.
- Elaun Detektif: Kenaikan RM300 sebulan bagi anggota yang layak (khusus untuk jabatan tertentu seperti JIPS).
Nak Cari Kerja Cepat? Jom, Drop Resume Di Maukerja!
Tengah cari kerja kosong ke tu? Apa kata anda drop resume je di Maukerja dengan klik link disini dan nanti kami akan auto hantar resume anda ke beribu-ribu majikan yang tengah cari perkerja. Cepat dan jimat masa daripada anda apply kerja satu per satu.
Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:
Pekerjaan Terkenal:
Jawatan Kosong Kerajaan|WFH Customer Service|Kerja Dari Rumah|Kerja Fresh Grad|Sales|Marketing|Admin|F&B|Kerja Freelance|Pekerjaan Hybrid |Kerja Sepenuh Masa|Kerja Separuh Masa|Internship|Kerja Kontrak|Apprenticeship|Cari Lebih Banyak Pekerjaan
Lokasi:
Singapore| Kuala Lumpur|Alor Setar, Kedah|Sungai Petani, Kedah|Penang|Petaling Jaya, Selangor|Shah Alam, Selangor|Kuching|Johor|Melaka|Kuantan, Pahang|Ipoh





















