
Akar Global Solution
1-20 Employees · Advertising / Marketing
Tentang Akar Global Solution
Akar Global Solution ialah sebuah syarikat kreatif yang mengkhusus dalam pengurusan kandungan digital dan media sosial untuk pelbagai jenama di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2019 dan berpusat di Cyberjaya, kami beroperasi sebagai pasukan di sebalik jenama Che Kam, sebuah nama yang semakin dikenali dalam dunia kandungan kreatif dan digital tempatan.
Kami menawarkan solusi menyeluruh dalam pengurusan media sosial – daripada strategi kandungan, penghasilan video, copywriting, sehinggalah kepada pelaksanaan kempen digital yang berimpak tinggi. Dengan pendekatan yang segar dan berpaksikan trend semasa, Akar Global Solution membantu jenama membina identiti yang kuat dan berhubung secara autentik dengan audiens mereka.
Kami percaya setiap jenama ada cerita tersendiri — dan tugas kami adalah untuk menjadikannya menarik, relevan dan boleh diingati.