Company SSM No 1389084-P · 21-100 Employees · Apparel
Anggun Legacy Global Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat fesyen terkemuka yang mengkhususkan diri dalam pakaian wanita seperti baju kurung, kaftan, dan pelbagai jenis pakaian trendy yang lain. Kami tidak hanya menawarkan fesyen yang anggun, tetapi juga keselesaan kepada pelanggan melalui butik fizikal, laman web, Shopee, dan juga platform TikTok.
Sebagai sebuah syarikat yang sedang berkembang pesat dengan jumlah kakitangan antara 21 hingga 100 orang, kami kerap menganjurkan pelbagai acara menarik seperti sambutan hari lahir, aktiviti teambuilding, dan trip korporat untuk memastikan suasana kerja yang menyeronokkan dan penuh motivasi.
Jika anda mencari peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang dinamik dan bersemangat, serta berminat untuk berkhidmat di dalam industri fesyen yang berkembang maju, Anggun Legacy Global Sdn Bhd adalah tempat terbaik untuk anda! Mari bersama-sama mencipta jenama fesyen yang menjadi pilihan utama.
Jom sertai kami dan mulakan langkah ke arah kerjaya yang lebih cerah di Anggun Legacy Global!