

Dewan Bahasa dan Pustaka
>500 Employees · Library / Museum
<10
Followers
Tentang Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang bakal merdeka ketika itu. Pada peringkat awal, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru.
Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres untuk menukarkan nama Balai Pustaka kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu, DBP turut dinaikkan taraf sebagai sebuah badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan segala tugasnya selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Melalui penaikan taraf ini, DBP diberikan kuasa autonomi untuk:
Menggubal dasarnya yang khusus;
Menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa serta sastera; dan
Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif mengikut prinsip serta amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunannya sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (kini Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Timur Malaysia dengan membuka dua pejabat cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Langkah ini diikuti dengan pembukaan empat lagi pejabat wilayah, iaitu Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999), Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru, Johor (2000), dan Pejabat DBP Wilayah Tengah di Kuala Lumpur (2011).
Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka
Nama Syarikat
Dewan Bahasa dan Pustaka
Jenis Syarikat
Government
Saiz Syarikat
>500
Industri
Library / Museum
No. SSM Syarikat
-
Peluang Pekerjaan
0
Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!
Alamat Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa Dan Pustaka Menara Dbp, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, Malaysia
Cara nak pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka guna pengangkutan awam?
Untuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka dengan pengangkutan awam, boleh turun di stesen LRT HANG TUAH, LRT HANG TUAH atau MONORAIL HANG TUAH. Semua stesen ni dekat je dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, yang terletak di Dewan Bahasa Dan Pustaka Menara Dbp, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, Malaysia.
Pengangkutan Awam Berdekatan
- LRT HANG TUAH
- LRT HANG TUAH
- MONORAIL HANG TUAH
- BUS KL1772 FURAMA (OPP)
- BUS KL866 FURAMA
- MONORAIL MAHARAJALELA