
DHM Land Sdn Bhd
Company SSM No 337440-U · <50 Employees
<10
Followers
Tentang DHM Land Sdn Bhd
DHM Land Sdn Bhd dimiliki 100% bumiputera dan ditubuhkan pada tahun 2004. Pihak kami menawarkan perkhidmatan bina rumah atas tanah sendiri secara komprehensif bermula daripada urusan pecah lot tanah sehinggalah rumah mendapat Sijil Kebenaran Duduk (SKD) daripada pihak berkuasa tempatan. Syarikat adalah berdaftar dengan CIDB dan Kementerian Kewangan.
Pada peringkat permulaan syarikat ini ditubuhkan secara khusus bagi menyokong pembinaan rumah syarikat utama kami Wira Homeland Sdn Bhd yang telah membina 200 unit lebih rumah dan rumah kedai di sekitar Kelantan. Pihak kami juga mempunyai kepakaran dalam urusan hartanah seperti pecah bahagian, pecah sempadan dan ubahsyarat tanah di Negeri Kelantan yang diuruskan syarikat Jurukur Tanah berlesen DHM Ukur Consultant. Kami juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa firma profesional lain seperti firma guaman, arkitek dan kejuruteraan sivil.
Maklumat DHM Land Sdn Bhd
Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!
Alamat DHM Land Sdn Bhd
D1, Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan