
Empayar Hasil Laut Mahathir
<20 Employees · Retail / Merchandise
Tentang Empayar Hasil Laut Mahathir
Empayar Hasil Laut Mahathir ialah sebuah perniagaan tempatan yang beroperasi di Lumut, Perak dan mengkhusus dalam jualan ikan bilis mata biru Pulau Pangkor serta pelbagai hasil laut kering berkualiti. Kami menjalankan jualan melalui kedai fizikal, TikTok, Shopee dan webstore, dengan fokus utama untuk memperkenalkan produk hasil laut tempatan kepada pelanggan seluruh Malaysia.
Kami komited dalam menyediakan produk yang bersih, berkualiti dan dipercayai, serta memberikan pengalaman pelanggan yang mesra dan profesional. Antara produk utama kami ialah ikan bilis mata biru Pulau Pangkor yang bersih, siap belah, tidak terlalu masin dan sesuai untuk kegunaan harian.
Sebagai syarikat yang sedang berkembang, kami juga menitikberatkan budaya kerja yang positif, latihan berterusan dan peluang perkembangan kerjaya kepada ahli pasukan. Kami percaya bahawa pekerja yang rajin belajar, bertanggungjawab dan mempunyai sikap yang baik mampu berkembang bersama syarikat.
Empayar Hasil Laut Mahathir sedang membina pasukan yang kuat untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dalam bidang retail, e-commerce, live selling dan pengurusan operasi.
Album Empayar Hasil Laut Mahathir
Maklumat Empayar Hasil Laut Mahathir
Budaya dan Faedah Pekerja
Faedah Kewangan
- Kenaikan Gaji
- Bonus Prestasi dan banyak lagi...
Cuti Berbayar
- Gantian Cuti Awam dan banyak lagi...
Faedah Tambahan
- Lawatan Syarikat dan banyak lagi...