

Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)
201-500 Employees · Education / Training
Tentang Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)
Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995).
Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum Pengajian Tinggi (No. 198/2685/2010) dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik METrO dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10.
Maklumat Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)
Nama Syarikat
Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)
Jenis Syarikat
-
Saiz Syarikat
201-500
Industri
Education / Training
No. SSM Syarikat
-
Peluang Pekerjaan
0
Laman Web Syarikat
Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!
Alamat Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)
Galeria PjH, Aras 3-5, Jalan P4W
Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia, Malaysia