

Jaringan Engineering Sdn Bhd
0-20 Employees · Engineering / Technical Consulting ·
Tentang Jaringan Engineering Sdn Bhd
Rakan Kejuruteraan Bumiputera Anda dalam Penyelesaian Kuasa dan Infrastruktur
Jaringan Engineering Sdn Bhd telah diperbadankan pada 29 Februari 2016 di Malaysia (No. Pendaftaran ***7518-W / ********6590). Kami merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang pakar dalam projek pembinaan kejuruteraan serta perkhidmatan mekanikal dan elektrikal (M&E) yang merangkumi pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan, pengujian dan pentauliahan sistem.
Jaringan Engineering telah berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) di bawah Kelas B, CIDB Gred G3, dan turut diiktiraf sebagai kontraktor sah dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Perkhidmatan Utama Kami
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kejuruteraan dan elektrikal yang meliputi:
- Permohonan bekalan elektrik TNB bagi sistem 240V dan 415V
- Pemasangan dan naik taraf pendawaian elektrik domestik dan industri
- Naik taraf dan pengubahsuaian Papan Suis Utama (Main Switch Board)
- Pemasangan lampu jalan serta tiang hiasan (decoratif)
- Pemasangan lampu isyarat lalu lintas
- Pemasangan sistem penyaman udara: jenis split unit, ducted split dan WCPU
Dengan pasukan berpengalaman dan kepakaran yang diperakui, Jaringan Engineering Sdn Bhd komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat dan boleh dipercayai kepada pelanggan dalam sektor kediaman, komersial dan industri di seluruh Malaysia.
Membina infrastruktur yang kukuh, menjana komuniti yang lebih pintar.
.
Album Jaringan Engineering Sdn Bhd
Maklumat Jaringan Engineering Sdn Bhd
Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!
Alamat Jaringan Engineering Sdn Bhd
Cara nak pergi ke Jaringan Engineering Sdn Bhd guna pengangkutan awam?
Untuk ke Jaringan Engineering Sdn Bhd dengan pengangkutan awam, boleh turun di stesen undefined, undefined atau undefined. Semua stesen ni dekat je dengan Jaringan Engineering Sdn Bhd, yang terletak di 22-1, Jalan Matahari Aa U5/Aa, Taman Subang Damai, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Pengangkutan Awam Berdekatan
- BUS SA689 KOMERSIAL PINGGIRAN SUBANG
