Kotra Pharma (M) Sdn Bhd banner company
jobs in Kotra Pharma (M) Sdn Bhd

Kotra Pharma (M) Sdn Bhd

500-50 Employees · Healthcare / Medical ·

<10 Followers

7 Peluang Pekerjaan

Tentang Kotra Pharma (M) Sdn Bhd

Dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam bidang farmaseutikal, Kotra Pharma berada di landasan yang kukuh untuk mencapai misinya sebagai pusat kecemerlangan bagi industri farmaseutikal. Selepas berkembang daripada sebuah jenama tempatan Malaysia kepada jenama yang diiktiraf secara global di lebih 30 buah negara, kemajuan pesat Kotra Pharma tidak terlepas daripada perhatian. Kotra Pharma telah menerima salah satu bentuk pengiktirafan tertinggi daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana syarikat tersebut telah dicalonkan dan dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Industri 2012 yang julung kali diadakan, atas kepimpinannya dalam bidang Amalan Pengilangan Baik (GMP). Seiring dengan pengiktirafan ini, Kotra Pharma turut dianugerahkan Gelaran Syarikat Farmaseutikal Kebangsaan Terbaik Tahunan bagi tahun 2011 & 2014 oleh Frost & Sullivan, sebuah firma perunding yang berpusat di AS, atas kepimpinannya dalam nilai pelanggan dan inovasi.

Pengiktirafan-pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kehadiran Kotra Pharma dalam industri farmaseutikal serta mendorong kami sebagai sebuah syarikat untuk terus berkembang dan memburu inovasi produk yang lebih baik, kecemerlangan pengilangan, serta perluasan geografi demi membawakan penjagaan kesihatan yang mampu diakses oleh semua. Usaha ini, sejajar dengan visi kami iaitu Humanising Health (Memanusiakan Kesihatan) di mana kami percaya setiap insan berhak mendapatkan hari esok yang lebih sihat, disokong lagi oleh komitmen Kotra Pharma untuk menyediakan ubat-ubatan berkualiti kepada penyedia penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan mengaplikasikan penyelidikan farmaseutikal dan teknologi pengilangan yang terkini.

Produk & Perkhidmatan

Di Kotra Pharma, kami percaya bahawa setiap insan berhak mendapatkan hari esok yang lebih sihat. Menjadi hak setiap individu untuk menjalani kehidupan yang sihat sepenuhnya, dan oleh itu, kami bertekad untuk membawakan produk kesihatan terbaik ke seluruh dunia. Melalui pendekatan memanusiakan penjagaan kesihatan, kami melihat melampaui penggunaan peralatan dan ubat-ubatan demi kesejahteraan umum semua orang. Sehingga kini, produk farmaseutikal (Axcel® dan Vaxcel®) serta nutraseutikal (Appeton®) kami telah memberi manfaat kepada pesakit dan komuniti di peringkat global tatkala kami terus berkembang, mencari jalan baharu yang diperbaik untuk sentiasa memenuhi keperluan penjagaan kesihatan dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Komited kepada visi kami, kami telah melaburkan USD 50 juta dalam fasa pertama daripada keseluruhan USD 150 juta bagi fasiliti pengilangan dan penyelidikan canggih, yang merupakan pelaburan tunggal terbesar dalam industri farmaseutikal Malaysia setakat ini.

Jawatan Terkini

Lihat Semua

Album Kotra Pharma (M) Sdn Bhd

Maklumat Kotra Pharma (M) Sdn Bhd

Nama Syarikat

Kotra Pharma (M) Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Multinational

Saiz Syarikat

500-50

Industri

Healthcare / Medical

No. SSM Syarikat

198201010358

Peluang Pekerjaan

7

Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!

Alamat Kotra Pharma (M) Sdn Bhd

No. 1, 2 & 3, Jalan TTC 12, Malacca, Melaka, Malaysia