

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
101-500 Employees · Government / Defence
Tentang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
HASiL ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :
- Akta Cukai Pendapatan 1967
- Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
- Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
- Akta Penggalakan Pelaburan 1986
- Akta Setem 1949
- Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990
Maklumat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
Nama Syarikat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
Jenis Syarikat
Government
Saiz Syarikat
101-500
Industri
Government / Defence
No. SSM Syarikat
-
Peluang Pekerjaan
0