

LG Electronics (M) Sdn Bhd
101-500 Employees · Electrical & Electronics ·
Tentang LG Electronics (M) Sdn Bhd
Tentang LG Electronics (M) Sdn Bhd.
Ditubuhkan pada tahun 2000, LG Malaysia merupakan penyedia terkemuka bagi barangan hiburan dan kelengkapan rumah, dengan menawarkan pelbagai portfolio produk yang memenuhi pelbagai keperluan, termasuk TV, mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi. Pada tahun 2019, kami telah berkembang ke dalam sektor PuriCare dengan memperkenalkan penulen air dan udara serba canggih yang dengan pantas menjadi pilihan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain produk kediaman, LG turut menawarkan penyelesaian perniagaan yang komprehensif, merangkumi monitor, penyelesaian paparan maklumat dan pelbagai lagi. Menerusi keberadaan yang kukuh selama lebih dua dekad, komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan telah mendorong kami untuk meraih pelbagai anugerah berprestij seperti Putra Brand Awards, Aria Brand Awards, dan Reader's Digest Trusted Brand Awards — sekali gus mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan yang kami terima daripada para pelanggan kami.
Dapatkan makluman awal tentang jawatan kosong di LG Electronics (M) Sdn Bhd