

MADRASAH UTHMANIYAH SMART TAHFIZ
Employees · Other industries ·
Tentang MADRASAH UTHMANIYAH SMART TAHFIZ
Keperihatinan masyarakat Islam di Malaysia masa kini terhadap pendidikan awal anak-anak dengan Al-Quran amat menggalakkan. Pendaftaran masuk ke sekolah-sekolah tahfiz kian meningkat malah ada yang terpaksa ditolak kerana jumlah pelajar terlalu ramai dan tempat yang terhad. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak berusaha menubuhkan sekolah tahfiz dengan pelbagai sistem dan kaedah hafazan masing-masing.
Bertitik tolak dari sinilah tercetus idea murni sekelompok kecil masyarakat Muslim di Kondominium Desa Putra, Wangsa Maju yang dikenali sebagai Rakan Muslim Desa Putra (RMDP) yang turut berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz Al-Quran ini.
Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah SWT apabila beberapa orang sahbt telah mendahului RMDP dengan menubuhkan Bangi Elementary School of Tahfiz (BEST). Atas dasar kesepakatan melalui musyawarah dan perbincangan, RMDP dan BEST menggembeling tenaga, kepakaran dan pengalaman dengan menubuhkan sebuah sekolah tahfiz yang baru diberi nama Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST).
Sekolah ini berorientasikan sistema Ottoman dan mengikut kaedah hafazan Turki yang terbukti banyak keistimewaannya berdasarkan lawatan ke sekolah-sekolah tahfiz (Kuran Kursu) di Turki. Malahan sistem ini telah dipraktikkan sejak berabad-abad yang lalu di bumi Khalifah Uthmaniyah itu.
Album MADRASAH UTHMANIYAH SMART TAHFIZ
Maklumat MADRASAH UTHMANIYAH SMART TAHFIZ
Nama Syarikat
MADRASAH UTHMANIYAH SMART TAHFIZ
Jenis Syarikat
-
Saiz Syarikat
Industri
Other industries
No. SSM Syarikat
-
Peluang Pekerjaan
0
